Iran akan lelong hartanah taikun dihukum mati

Iran akan lelong hartanah taikun dihukum mati

TEHRAN, 10 Ogos – Iran berkata kelmarin yang ia akan mengadakan jualan lelong hartanah yang dimiliki oleh jutawan Babak Zanjani, yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan rasuah awal tahun ini. Sejumlah vila dan apartmen mewah, kedai dan hartanah lain akan dijual, lapor akhbar Mizan Online, yang rapat dengan badan kehakiman.

Para pembida perlu membuat tawaran mereka dalam surat sulit pada 20 Ogos, tambahnya lagi.

Zanjani, 41, telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan penipuan dan jenayah kewangan lain pada Mac selepas perbicaraan panjang yang dia telah dituduh mencuri sekitar AS$2.8 bilion.

Dia menjadi terkenal selepas komuniti antarabangsa mengenakan sekatan ke atas bank-bank republik Islamik sebagai hukuman ke atas program nuklearnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA