Iran: Ambil ‘langkah utama’ selesai isu nuklear

Iran: Ambil ‘langkah utama’ selesai isu nuklear

TEHRAN, 7 Julai (AFP) – Para pemeriksa nuklear Iran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil ‘langkah utama’ ke arah menyelesaikan isu-isu yang masih belum diselesaikan berhubung program nuklear republik Islam yang dipertikaikan itu, menurut jurucakap Iran hari ini.

Kunjungan 24 jam ke Iran oleh pakar-pakar dari Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) semalam, menyusuli lawatan serupa pada minggu lalu oleh ketua eksekutifnya Yukiya Amano, tetapi hasil jelas belum dicapai.

Dipetik oleh sebagai berkata oleh agensi berita rasmi IRNA, jurucakap bagi Pertubuhan Tenaga Nuklear Iran, Behrouz Kamalvandi, berkata kemajuan telah dibuat tetapi dia tidak memberikan butiran berhubung rundingan terbaru.

“Iran dan IAEA mengambil langkah utama dalam menyelesaikan isu-isu yang belum selesai untuk mencapai pemahaman penting berhubung topik-topik itu dan tempoh kerjasama,” ujarnya.

Kamalvandi menyifatkan rundingan semalam sebagai ‘yang membina dan memandang ke hadapan’ dan berkata lawatan kedua IAEA ‘menunjukkan keazaman serius kedua belah pihak untuk meningkatkan kerjasama.”

Bagaimanapun kenyataan itu dibuat ketika had akhir terbaru bagi perjanjian nuklear terakhir antara Iran dan kuasa-kuasa P5+1 (Britain, China, Perancis, Rusia, AS dan Jerman) mungkin terlepas pada rundingan di Vienna.

IAEA mensyaki Iran melancarkan penyelidikan sekurang-kurangnya sehingga 2003 berhubung memajukan senjata nuklear.

Ia ingin menemui para ahli sains yang mungkin terlibat, dan juga dokumen-dokumen dan tapak-tapak tempat mana-mana kegiatan seumpama itu mengambil tempat.

Iran menafikan dakwaan itu dan pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei dalam ucapan pada 23 Jun menolak memberikan laluan ke tapak-tapak tentera atau menemui ahli-ahli sains.

ARTIKEL YANG SAMA