Iran bakal beli 114 pesawat Airbus

Iran bakal beli 114 pesawat Airbus

TEHRAN, 24 Jan – Iran akan menandatangani satu kontrak minggu ini untuk membeli 114 buah pesawat Airbus dari Perancis, semasa lawatan Presiden Iran, Hassan Rouhani ke Paris, menurut menteri pengangkutan Tehran hari ini.

Abbas Akhoundi, dipetik oleh media Iran, mengatakan perjanjian itu ‘akan ditandatangani antara Iran Air dan Airbus’ apabila Rouhani berada di Paris pada Rabu iaitu sebagai sebahagian lawatan rasmi pertamanya ke Eropah.

Lawatan Rouhani disusuli oleh pengimplementasian perjanjian nuklear bersama kuasa-kuasa dunia yang mengekang kegiatan atom Tehran sebagai pertukaran bagi pembatalan hukuman sekatan ekonomi.

Iran perlu sedaya upayanya untuk memodenkan armada pesawat penumpangnya yang sudah berusia, yang hanya mengoperasikan 150 pesawat daripada lebih 250, menurut Akhoundi.

“Kami sudah berunding selama 10 bulan” bagi pembelian pesawat itu namun ‘tidak ada caranya untuk membayar mereka disebabkan sekatan perbankan,” media kerajaan Iran memetik Akhoundi sebagai berkata.

“Kami memerlukan 400 pesawat jarak pertengahan dan jauh serta 100 buah jarak dekat,” tambahnya.

Kumpulan pertama pesawat baru akan tiba di negara itu menjelang 19 Mac, katanya.

Iran, dengan jumlah penduduk 79 juta, telah memiliki rangkaian jalan namun masih lagi memerlukan peningkatan pengangkutan besar, yang Tehran harap akan membantu pelancongan.

Rouhani akan melawat Itali dan Perancis pada 25-27 Januari untuk merangsang hubungan ekonomi Iran dengan Eropah.

Iran pada masa ini belum lagi membuat sebarang perjanjian dengan pengilang Boeing Amerika “kerana masa rundingan dengan AS,” menurut Akhoundi.

Televisyen kerajaan mengatakan Perbendaharaan AS belum lagi membenarkan Boeing untuk memasuki rundingan bersama Iran, “namun jelasnya kami akan berunding dengan syarikat ini akhirnya,” tambah menteri.

Selain daripada pesawat baru, lapangan terbang Iran juga memerlukan AS$250 juta untuk peningkatan, katanya.

Hanya sembilan daripada 67 lapangan terbang Iran pada masa ini beroperasi.

Berita mengenai perjanjian Airbus itu muncul ketika perwakilan penerbangan dari 85 buah syarikat bertemu di Tehran hari ini untuk menilai cara bagi melakukan perniagaan di republik Islam itu selepas sekatan dibatalkan.

Sidang Kemuncak CAPA 2016 Iran dihadiri oleh 160 para pegawai dari aeroangkasa dan industri-industri perjalanan, kata setiausaha persidangan Ahmad Reza Bayati memberitahu agensi berita rasmi IRNA.

Pesawat antarabangsa ke dan dari Iran sudah bertambah sekitar 10 peratus sejak Mac, permulaan kalendar Iran, serta negara itu dalam kedudukan baik pada banyak laluan udara rentas benua, kata Bayati.

Sementara pesawat baru akan dibeli oleh Iran Air milik kerajaan, negara itu berharap penerbangan persendirian boleh menyewa pesawat boleh guna dari syarikat besar di Eropah.

Akhoundi mengatakan kerajaan akan menyokong mana-mana syarikat yang bersedia untuk membeli pesawat baru.

Iran juga tidak lagi mengawal harga tiket untuk membenarkan lebih banyak persaingan dalam sektor swasta.

Republik Islam pada Sabtu menandatangani sekitar AS$2 bilion kontrak bersama China untuk mengelektrifikasi landasan kereta api yang menghubungkan Tehran dengan bandar kedua Mashhad, kata Akhoundi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA