Iran bekerjasama dengan Total Perancis

Iran bekerjasama dengan Total Perancis

DUBAI, 30 Julai (Reuters) – Iran ingin bekerjasama erat dengan syarikat minyak Perancis Total, beritahu Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh kepada agensi Shana selepas bertemu dengan menteri luar Perancis di Tehran semalam.

“Satu bab kerjasama baru dengan syarikat Perancis Total akan bermula untuk memajukan padang minyak Iran,” Shana memetik Zanganeh sebagai berkata selepas satu mesyuarat dengan Laurent Fabius.

“Total adalah aktif dalam memajukan projek minyak Iran selama lebih 20 tahun (sebelum sekatan)…pintu dibuka sekali lagi untuk aktiviti syarikat ini dalam memajukan padang minyak.”

Fabius berada di Tehran untuk lawatan satu hari di mana beliau bertemu dengan menteri kanan dan menyampaikan satu jemputan daripada Presiden Perancis Fancois Hollande kepada rakan sejawatan Iran Hassan Rouhani untuk melawat Paris pada November.

“Rundingan hari ini mengenai minyak dan tenaga adalah amat positif dan saya berharap keputusan juga memuaskan,’ Shana memetik Fabius sebagai berkata.

Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh ketika dalam satu temu bual bersama para wartawan. - Reuters
Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh ketika dalam satu temu bual bersama para wartawan. – Reuters

Total telah terbabit dalam pembangunan padang gas South Pars di Iran, yang mempunyai kira-kira separuh daripada simpanan gas Iran, namun projek itu telah disurami oleh tawar-menawar mengenai syarat-syarat kontrak.

Di bawah tekanan daripada kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat, syarikat Perancis akhirnya menghentikan semua pengeluaran di Iran pada 2010.

Dalam satu temu bual dengan media Rusia, CEO Total Patrick Pouyanne berkata kumpulan itu sedang mencari peluang dalam projek gas cecair asli, tetapi penyertaan Total akan bergantung pada syarat-syarat yang ditawarkan oleh Tehran kepada pelabur asing.

Iran merancang mengadakan persidangan minyak dan gas selepas sekatan di London pada Disember ini, di mana wakil pegawai kanan akan membincang syarat-syarat kontrak baru.

Jurucakap untuk Total tidak mempunyai komen.

ARTIKEL YANG SAMA