Iran berazam tamatkan ‘krisis pembuatan’ nuklear

Iran berazam tamatkan ‘krisis pembuatan’ nuklear

TEHRAN, 4 Mei (AFP) – Iran berazam menamatkan “krisis pembuatan” berhubung program nuklearnya dan merangka satu perjanjian muktamad dengan kuasa dunia, walaupun sukar, sedang berkembang maju, kata Menteri Luar Mohammad Javad Zarif hari ini.

Kata-kata tersebut, disiarkan di laman rasmi Twitter Zarif, keluar dua hari selepas Setiausaha Negara AS John Kerry mengecam apa yang dikatakan oleh beliau “histeria” daripada penentang perjanjian, yang dijangka dicapai pada 30 Jun.

Zarif, Kerry dan diplomat lain dari Iran dan kuasa dunia P5+1 (Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta Jerman) berkata perjanjian akan menjamin aktiviti nuklear Iran adalah aman.

“Usaha merangka Perjanjian Iran sedang diteruskan. Kerja keras, dan banyak kurungan masih belum selesai. Bertekad untuk menamatkan krisis pembuatan ini dan membuka bad baru,” tulis Zarif di Twitter.

Iran telah lama menegaskan program nuklearnya adaah untuk tujuan aman dan kebimbangan antarabangsa mengenai penghasilan bom nuklear adalah tidak berasas.

Satu garis kasar perjanjian di antara Iran dan P5+1 dicapai pada 2 April di Switzerland selepas rundingan marathon menemui tentangan sengit daripada Republikan AS yang berkata ia akan mengancam keselamatan Amerika.

Namun Zarif memberitahu para hadirin di Universiti New York pada minggu lalu bahawa Iran rela tunduk kepada ketelusan peringkat tertinggi antarabangsa dan mahu mencapai satu perjanjian muktamad secepat mungkin.

Jika dilaksana sepenuhnya, satu perjanjian akan melihat Iran mengurangkan aktiviti nuklearnya selama sekurang-kurangnya 10 tahun di samping kawalan lain sebagai tukaran kepada pembatalan sekatan PBB, EU dan AS.

Aktiviti nuklear Iran selepas perjanjian akan tertakluk kepada “pemeriksaan dan rejim ketelusan yang paling intrusif yang pernah dirundingkan,” kata Presiden AS Barack Obama.

ARTIKEL YANG SAMA