Iran beri amaran Arab Saudi

Iran beri amaran Arab Saudi

TEHRAN, 6 Jan (AFP) – Iran mahu Arab Saudi untuk berhenti menentangnya hari ini ketika krisis diplomatik mereka semakin memuncak meskipun usaha untuk meredakan pertikaian yang telah menimbulkan kebimbangan ketidakstabilan serantau.

Dalam ledakan serentak terbaru mengenai pertikaian yang menyaksikan Arab Saudi dan beberapa sekutu Arab Sunah yang lain memutuskan hubungan dengan Tehran, Menteri Luar Negeri Mohammad Javad Zarif mengatakan Riyadh harus menamatkan kesukaran berpanjangan untuk menghadapi Iran.

“Selama dua setengah tahun yang lalu, Arab Saudi telah menentang diplomasi Iran,” kata Zarif semasa sidang media bersama di Tehran dengan Menteri Luar Negeri Iraq, Ibrahim al-Jaafari.

“Arab Saudi telah bertindak menentang usaha kami, dan malangnya, mereka menentang persetujuan nuklear,” kata Zarif.

“Trend ini mewujudkan ketegangan yang harus dihentikan. Kami perlu untuk bersatu…dan menghentikan mereka yang cuba memarakkan ketegangan.”

Ibrahim al-Jaafari (kiri) dan Mohammad Javad Zarif selepas mengadakan sidang media di Tehran pada 6 Januari. – AFP
Ibrahim al-Jaafari (kiri) dan Mohammad Javad Zarif selepas mengadakan sidang media di Tehran pada 6 Januari. – AFP

Kemuncak ketegangan muncul selepas Iran tahun lepas menempa perjanjian nuklear bersejarah bersama kuasa dunia yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), menyebabkan kebimbangan besar dalam sekutu lama AS, Riyadh.

Pertikaian antara Arab Saudi, yang dikuasai ahli Sunah, dan Iran yang didominasi puak Syiah meletus berikutan hukuman mati yang dijatuhkan Riyadh ke atas ulama dan aktivis Syiah Sheikh Nimr al Nimr pada Sabtu lalu.

Kematiannya mencetuskan tunjuk perasaan Syiah di kebanyakan negara termasuk Iran, yang mana para pembantah menyerbu dan membakar kedutaan Saudi di Tehran dan konsulat kerajaan di bandar kedua Mashhad.