Iran berusaha untuk tarik pelancong dengan peraturan fleksibel

Iran berusaha untuk tarik pelancong dengan peraturan fleksibel

IRAN – Para pelabur Iran telah banyak mencurahkan wang dan tenaga di atas sebuah Pulau yang dikenali sebagai Pulau Kish yang terletak di kawasan teluk negara tersebut.

Pulau ini terkenal sebagai sebuah pulau yang mempunyai pantai pasir yang putih, terumbu karang dan baru-baru ini, Kerajaan Iran telah mengurangkan peraturan kepada lebih ‘santai’ dan membolehkan banyak lagi pelancong datang berkunjung di pulau itu dan menjadikannya sebagai sebuah lokasi utama pelancongan.

Terletak hanya kira-kira 200 kilometer (120 batu) dari kawasan Dubai, Pulau Kish menjadi satu lokasi pelbagai pelabur untuk menjadikannya sebagai sebuah lokasi berkembang pesat khususnya dalam bidang pelancongan.

Kebanyakan jalan-jalan raya dibarisi dengan pokok-pokok kelapa dan pokok-pokok ini mengelilingi 100 kilometer persegi pulau tersebut. Apa yang menarik, pulau ini juga dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta mewah yang terkemuka di dunia termasuk model mewah daripada Amerika Syarikat.

Bangunan-bangunan pula kelihatan sangat moden, hotel yang selesa dan pusat membeli-belah sekian giat dan berkembang maju malah tumbuh di mana-mana kawasan pulau tersebut.

Para pengunjung duduk bercerita dengan rakan-rakan sambil mengenakan tudung yang berwarna-warni dan kelihatan agak mahal. – AFP
Para pengunjung duduk bercerita dengan rakan-rakan sambil mengenakan tudung yang berwarna-warni dan kelihatan agak mahal. – AFP
Undang-undang Islam telah dikurang ketatkan ke atas Pulau Kish namun undang-undang itu masih lagi dipraktikkan dan berkuatkuasa. – AFP
Undang-undang Islam telah dikurang ketatkan ke atas Pulau Kish namun undang-undang itu masih lagi dipraktikkan dan berkuatkuasa. – AFP

Manakala, pada lewat malam, pelbagai jenis restoran mewah membuka pintunya dengan sentuhan pelbagai jenis muzik yang moden. Para pengunjung duduk sambil bercerita dengan rakan-rakan sambil mengenakan tudung yang berwarna-warni dan kelihatan agak mahal. Pada kesiangan hari pula, kebanyakan pelancong dan warga tempatan negara itu akan berjalan-jalan di kawasan jeti lama dengan mengenakan pakaian yang menarik dan bagi lelaki mengenakan seluar pendek.

Kebanyakan tempat di Iran, berpakaian sebegitu adalah dilarang . Di bawah matahari yang terik, kelihatan seorang lelaki sedang membuka bajunya dan sedang berehat di bawah matahari di kawasan pantai.

Beberapa buah perahu sedang asyik berjalan lalu di kawasan pantai dengan iringan muzik Tekno yang nyaring dan kelihatan sepasang pelancong sedang duduk bersama-sama.

Sebagaimana yang diperhatikan, keadaan ini seolah-olah memperlihatkan bahawa Iran sedang mengubah isu itu semenjak beberapa undang-undang telah ditetapkan sebelum revolusi Islam pada tahun 1979. Situasi dikuatkan lagi dengan kelibat kereta hijau dan putih, iaitu kereta polis sudah jarang kelihatan melalui kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, undang-undang Islam telah di kurang ketatkan ke atas Pulau Kish namun undang-undang itu masih lagi dipraktikkan dan berkuat kuasa. Pengurangan ini adalah untuk mewujudkan halangan utama untuk para pelabur dalam usaha mereka untuk menarik lagi lebih banyak ekspatriat Barat sebagai satu percutian singkat di Dubai. Sebagaimana beberapa kawasan di Dubai telah mengetatkan undang-undang dengan tiada bar atau kelab-kelab malam malah alcohol juga tidak dibenarkan dan lelaki serta perempuan menggunakan pantai yang berasingan.

Pelancongan ‘Halal’

Salah seorang perunding pelaburan utama ke atas pulau tersebut, Massoud Gilani telah membahagikan masa antara pulau itu dengan Dubai malah beliau cuba untuk meletakkan spin optimis mengenai isu itu. Kebanyakan mereka mengutarakan satu situasi dan seperti mengharap satu perubahan, “Anda dibolehkan untuk minum dan menikmati keseronokan sendiri di Dubai serta rehatkan diri anda di sini.”

Terletak hanya kira-kira 200 kilometer (120 batu) dari kawasan Dubai, Pulau Kish menjadi satu lokasi pelbagai pelabur untuk menjadikannya sebagai sebuah lokasi berkembang pesat khususnya dalam bidang pelancongan. – AFP
Terletak hanya kira-kira 200 kilometer (120 batu) dari kawasan Dubai, Pulau Kish menjadi satu lokasi pelbagai pelabur untuk menjadikannya sebagai sebuah lokasi berkembang pesat khususnya dalam bidang pelancongan. – AFP

Iran adalah sebuah negara yang semakin terdedah dengan ledakan industri pelancongan mereka dan usaha ini juga adalah di bawah pimpinan pihak kerajaan Iran iaitu Presiden Hassan Rouhani untuk membina semula hubungan yang erat bersama dengan negara-negara barat. Jumlah kedatangan pelancong telah melonjak naik daripada 2.2 juta pada tahun 2009 kepada 5.2 juta pada tahun 2015. Malah berkemungkinan besar angka itu akan bertambah naik pada tahun ini. Kebanyakan warga barat telah tertarik dengan keindahan Iran yang penuh dengan khazanah-khazanah purba dan sejarah yang sangat bernilai dan berharga daripada keindahan pantai-pantai mereka.

Ali Jirofti, salah satu pengurus dalam zon perdagangan bebas Pulau Kish mengakui bahawa harapan terbaik pulau tersebut adalah untuk memberikan tumpuan kepada pelancong Islam iaitu keutamaan sebenarnya diberikan kepada ‘High end halal tourism’.

Pulau Kish ini sudah mampu menarik sekitar 1.8 juta pengunjung setiap tahun dan kebanyakan pelancong berharap untuk lari daripada sekatan sosial dan pencemaran yang teruk.

Manakala, membeli belah pula menjadi satu unsur yang penting bagi sesetengah pelancong dan Pulau Kish adalah kawasan yang pertama dan yang paling penting dalam tujuh zon perdagangan bebas yang telah ditubuhkan pada tahun 1990an untuk menarik pelabur dan membantu dalam pengimportan barangan pengguna. Kini dianggarkan sekitar 40 buah hotel dan pusat membeli-belah mengikut gaya Amerika Syarikat ada dimana-mana pulau tersebut.

Syarikat itu juga ingin berusaha untuk menggandakan jumlah penerbangan antarabangsa dengan Kish Air dan sekali gus mewujudkan ‘Syurga Ekologi’ bebas kereta di pulau tersebut yang berdekatan dengan kawasan Hendorabi di mana lapangan terbang, pelabuhan dan hotel kebanyakannya dibina.

Para pelabur juga terus mempertingkatkan dan memperkembangkan pelancongan khususnya dalam bidang kesihatan dengan pembinaan dua buah rumah sakit yang akan terkenal dan menawarkan rawatan daripada doktor-doktor terkemuka dunia terutamanya dalam pakar bedah plastik.

“Empat puluh hotel mewah dianggarkan berada di pulau ini dan matlamat kami untuk mencapai 2.6 juta pelancong dalam tempoh 10 tahun,” tambah Jirofti mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA