Iran bidas pe...

Iran bidas pertuduhan Turki

TEHRAN, 5 Jan – Iran membuat bidasan balas terhadap dakwaan Turki ‘yang tidak membina’ bahawa sekutu-sekutu Tehran mencabuli gencatan senjata rapuh di Syria, dengan menuduh para pemberontak mencabuli gencatan senjata.

“Gencatan senjata masa ini di Syria telah dicabuli berulang kali oleh kumpulan penentang bersenjata anti kerajaan,” jurucakap kementerian luar Bahram Ghasemi berkata semalam.

“Turki seharusnya mengambil langkah perlu untuk menangani beberapa contoh pencabulan gencatan senjata oleh kumpulan-kumpulan ini dan pada waktu yang sama bertahan daripada mengambil pendirian ‘tidak benar’ dan menuduh pihak-pihak lain.”

Dia memberi respons kepada Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, yang semalam menuduh kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad mencabuli gencatan senjata yang mana Ankara telah menjadi pihak pengantara dengan penyokong rejim, Moscow pada minggu lau.

Cavusoglu memberi amaran bahawa ‘pencabulan’ itu telah merosakkan rundingan damai yang dirancang di Kazakhstan lewat bulan ini.

Ghasemi mengkritik ‘kenyataan tidak membina itu’ dan berkata itu mungkin ‘boleh seterusnya merumitkan lagi situasi pada masa ini’ di Syria.

Di sebalik menyokong pihak-pihak penentang dalam konflik itu, Ankara dan Moscow bekerjasama rapat untuk menjadi pengantara gencatan senjata dan merancang rundingan Ankara, yang menurut Cavusoglu mungkin diadakan pada 23 Januari.

Sekutu rejim, Iran juga terlibat dalam mengaturkan rundingan itu, dan pegawai tertinggi Alaeddin Boroujerdi telah berada di Damsyik semalam bagi rundingan dengan Assad. – AFP