Iran dedah sistem peluru berpandu S-300

Iran dedah sistem peluru berpandu S-300

TEHRAN, 17 April (AFP/AP) – Iran menggunakan perarakan Hari Tentera tahunannya hari ini untuk mempamerkan sebahagian sistem pertahanan udara yang dipesan dari Rusia, satu langkah yang sepertinya menjengkelkan pengkritik perjanjian senjata.

Sistem S-300 itu telah lama ditempah sejak 2007 namun Rusia menangguhkan penjualan itu tiga tahun kemudian selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi berkaitan dengan program nuklear Iran.

Satu perjanjian antara Iran dan enam kuasa dunia berhubung kegiatan nuklearnya yang membatalkan sekatan itu pada Januari telah menyingkirkan sekatan itu untuk menghantarnya namun sistem operasi penuhnya masih lagi dinantikan. Menurut gambar yang disiarkan oleh agensi berita separa rasmi ISNA, tiub peluru berpandu S-300 dan peralatan radar telah dipamerkan semasa perarakan tentera yang diadakan di selatan Tehran.

Iran menegaskan sistem itu adalah perlu untuk mempertahankan negara daripada ancaman serangan, termasuk kemungkinan pengeboman kemudahan nuklearnya, dan S-300 akan membolehkan pencegahan awal pesawat udara yang menghampiri.

Sebuah trak tentera Iran membawa sebahagian sistem peluru berpandu S200 semasa perarakan Hari Tentera di Tehran pada 17 April. – AFP
Sebuah trak tentera Iran membawa sebahagian sistem peluru berpandu S200 semasa perarakan Hari Tentera di Tehran pada 17 April. – AFP

Israel dan Amerika Syarikat telah mengecam penjualan itu, yang dilihat sebagai maksud bagi Rusia untuk mengekalkan pengaruhnya di Timur Tengah.

Iran dan Rusia juga sedang dalam rundingan bagi penjualan jet pejuang Sukhoi SU-30, cadangan lain yang dikritik oleh AS. Armada pasukan udara Iran masa ini bertarikh dari era pra-revolusi Shah.

Bercakap pada perarakan hari ini, Presiden Hassan Rouhani menegaskan rancangan Iran untuk mempertingkatkan keupayaan tentera adalah untuk mempertahankan diri daripada keganasan dan Israel, merujuk kepada konflik terburuk di Timur Tengah.

“Tentera kami, kuasa politik dan ekonomi bukan bertujuan menentang negara-negara jiran utara, timur, selatan, barat mahupun negara-negara dunia Islam.

“Apabila Baghdad diancam oleh pengganas, Republik Islam Iran memberi respons atas seruan orang ramai, tentera dan kerajaan Iraq untuk mempertahankan Baghdad dan tempat-tempat suci,” katanya, merujuk kepada peningkatan kumpulan IS pada Jun 2014.

ARTIKEL YANG SAMA