Iran gagalkan ‘plot pengganas’

Iran gagalkan ‘plot pengganas’

TEHRAN, 20 Jun (AFP) – Kementerian perisikan Iran berkata hari ini ia telah menggagalkan satu plot serangan bom kumpulan jihad besar yang menyasarkan bandar Tehran dan bahagian lain di negara itu, lapor media kerajaan.

“Satu plot pengganas terbesar takfiri-Wahhabi telah ditemui dan digagalkan,” menurut agensi berita rasmi IRNA memetik kementerian sebagai berkata, menggunakan terma yang dipanggil oleh Iran yang merujuk kepada kumpulan pelampau Sunah itu.

“Beberapa siri serangan bom yang hendak dilaksana-kan di pelbagai kawasan jauh pedalaman di negara itu dan terutamanya di Tehran dan beberapa wilayah lain…telah digagalkan, pengganas telah ditangkap dan beberapa bom sedia cipta telah ditemui,” ujarnya.

Tidak ada butiran lain telah dinyatakan. Kementerian berkata banyak maklumat akan diperolehi selepas siasatan ‘dalam dan luar negara’.

Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Agung Iran, Ali Shamkhani, memberitahu agensi berita ISNA, plot itu termasuk pelan bagi ‘serangan bunuh diri di Tehran’.

Bandar-bandar Iran bagaimanapun tidak berdepan sebarang ancaman serius serangan jihad.

Kehadiran polis yang bertambah di Tehran pada November dan Disember – dengan pasukan keselamatan bersenjata mengawal stesen jalan bawah dan kawasan awam lain di Tehran – telah menimbulkan kebimbangan yang serangan mungkin akan berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA