Iran gesa Rusia bekerjasama dalam isu di Syria

Iran gesa Rusia bekerjasama dalam isu di Syria

TEHRAN, 12 Okt – Iran dan Rusia mesti mengukuhkan kerjasama strategik berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa, terutamanya krisis yang berterusan di Syria, seorang pegawai kanan Iran dipetik sebagai berkata semalam oleh Press TV.

“Hubungan kukuh dan strategik antara kedua-dua negara sangat penting dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau dan penyelesaian isu-isu,” Ali Akbar Velayati, penasihat kanan Pemimpin Tertinggi iran berkata Isnin lalu dalam satu rundingan dengan Alexander Lavrentiev, utusan khas Rusia berhubung Syria yang mengadakan kunjung ke Iran. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA