Iran hukum mati ‘Lelaki Vaseline’

Iran hukum mati ‘Lelaki Vaseline’

TEHRAN, 5 Jun – Iran menggantung mati seorang lelaki berusia 21 tahun hari ini selepas mendakwanya atas kesalahan memperkosa berpuluh-puluh wanita di bandar selatan bersejarah, Shiraz, menurut badan kehakiman.

Pesalah, yang hanya dike-nali sebagai Amin D., terkenal sebagai ‘Lelaki Vaseline’ dalam media Iran kerana telah melumuri badannya dengan minyak sebelum menyerang wanita-wanita di rumah me-reka, yang menyemai rasa gentar di bandar selatan yang memiliki kira-kira 1.5 juta orang.

“Lelaki itu ditangkap pada Ogos 2015 bersama rakaman daripada CCTV yang dibekalkan oleh salah seorang mangsa, DNA dan jenis darah berpadanan dan bukti lain yang ditinggalkan di tempat kejadian,” kata pendakwa raya Shiraz, Ali Salehi memberitahu laman web Mizan Online. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA