Iran jual 40 tan air kepada AS

Iran jual 40 tan air kepada AS

TEHRAN, 12 Jan (AFP) – Iran akan menjual sebahagian daripada simpanan air beratnya kepada Amerika Syarikat di bawah perjanjian nuklear bersama kuasa-kuasa dunia, kata timbalan ketua atom hari ini.

Ali Asghar Zarean juga menafikan laporan yang Iran telah menghapuskan teras reaktor nuklear Araknya, satu langkah penting dalam perjanjian yang akan menyaksikan sekatan dibatalkan sebagai pertukaran bagi had ke atas program nuklear Tehran.

“Iran akan menjual 40 tan lebihan air beratnya kepada Amerika Syarikat menerusi negara ketiga,” Zarean, timbalan ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi IRNA.

“Enam tan daripada air berat yang dieksport akan digunakan dalam kemudahan nuklear dan sebahagiannya dalam pusat penyelidikan Amerika,” katanya.

Iran memiliki kilang penghasilan air berat di tapak nuklear Arak, yang sudah dioperasi selama beberapa tahun.

Di bawah perjanjian Julai dengan kumpulan P5+1 – Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis, Rusia dan Jerman – Iran telah bersetuju untuk menggantikan teras reaktor air berat Arak dan mengambil langkah lain untuk memastikan ia tidak boleh digunakan untuk membuat senjata nuklear.

Laporan itu muncul kelmarin yang Iran telah memindahkan teras di Arak, namun Zarean mengatakan ia bukan halnya dan Tehran masih lagi dalam proses persetujuan bagi penggantian sedang direka semula dengan bantuan China dan Amerika Syarikat.

“Kami perlu mempunyai persetujuan kukuh bersama pihak luar, termasuk China…..Pada hujung minggu depan atau minggu ini, majlis perasmian bertukar-tukar dokumen persetujuan akan dilakukan,” kata Zarean.

“Selagi persetujuan itu belum dimuktamadkan, kami tidak akan mengambil sebarang langkah fizikal untuk memindahkan teras reaktor Arak.”

Di bawah persetujuan itu, Tehran telah mengurangkan jumlah emparan dan memindahkan sebahagian besar simpanan uranium rendah diperkaya ke Rusia.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu mengesahkan yang Iran telah memenuhi semua kewajipannya sebelum sekatan boleh dibatalkan.

ARTIKEL YANG SAMA