Iran kutuk serangan udara di Yaman

Iran kutuk serangan udara di Yaman

TEHRAN, 9 Okt – Iran mengutuk serangan udara gabungan yang dipimpin Arab Saudi semasa orang ramai berkabung di ibu negara Yaman Sanaa pada petang Sabtu yang menyebabkan beratus-ratus mangsa cedera dan terbunuh, Press TV melaporkan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi kesal bahawa masyarakat antarabangsa berdiam diri dalam isu pencerobohan tentera gabungan itu dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah.

Dalam usaha untuk menamatkan krisis di Yaman, tidak ada cara kecuali menghentikan peperangan penceroboh dan digesa memulakan dialog yang serius dengan penyertaan semua pihak Yaman, Qasemi dipetik sebagai berkata.

Beliau menyatakan bahawa Iran membantah sekeras-kerasnya terhadap apa-apa “jenayah yang tidak berperikemanusiaan dan kejam” dan bersimpati dengan keluarga mangsa. Lebih 600 orang terbunuh atau cedera dari serangan udara gabungan Arab Saudi pada majlis berkabung di Sanaa pada hari Sabtu.

Menurut laporan, beberapa pegawai kanan Syiah Houthi yang disokong Iran dan sekutu mereka bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh hadir di majlis perkabungan itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA