Iran memapark...

Iran memaparkan artifak Parsi purba

TEHRAN – Setelah beberapa tahun berada di negara-negara barat khususnya di Amerika Syarikat, Iran baru-baru ini telah memaparkan beratus-ratus artifak purba Parsi yang mana sesetengah artifak itu dicatatkan berusia 3,500 tahun dan apa yang menarik ialah kesemua artifak-artifak ini telah dibawa balik dari muzium dan koleksi-koleksi di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat.

Mohammad Hassan Talebian, Timbalan Ketua Warisan Budaya, Kraf Tangan dan Pelancongan Pertubuhan Iran telah memberitahu perwakilan AP bahawa kebanyakan barangan artifak yang dipamerkan telah dihantar pulang dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu dari beberapa buah negara seperti England, Belgium, Itali dan akhir sekali, Amerika Syarikat.

Hassan Talebian memberikan satu penghargaan kepada hubungan yang baik antara Tehran dengan beberapa buah negara dari Barat ekoran daripada perjanjian nuklear menjadi mercu tanda 2015 untuk membantu membuat proses yang tepat. “Suasana persekitaran selepas sahaja perjanjian nuklear dipersetujui itu adalah sangat penting dan dinilai sebaik-baiknya. Perkara ini membuatkan ia mudah untuk membawa kembali semua objek ke tanah air,” tambah Mohammad Hassan Talebian lagi kepada wartawan AP.

Pameran khas telah dibukakan baru-baru ini di salah sebuah muzium terkenal di Iran iaitu Muzium Negara Tehran dan telah memaparkan sekitar 558 artifak yang berbeza-beza.

Artifak itu termasuklah alat memburu dan jarum jahitan dari zaman besi dan sepasang rantai leher yang berusia lebih daripada 2,000 tahun yang pernah digunakan oleh Empayar Achaemenid yang telah diasaskan oleh Cyrus Agung iaitu titik yang tinggi dalam pemerintahan Parsi.

Kebanyakan barangan artifak yang dipamerkan telah dihantar pulang dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu dari beberapa buah negara seperti England, Belgium, Itali dan akhir sekali, Amerika Syarikat. – AP
Kebanyakan barangan artifak yang dipamerkan telah dihantar pulang dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu dari beberapa buah negara seperti England, Belgium, Itali dan akhir sekali, Amerika Syarikat. – AP
Antara koleksi yang tertua dipamerkan ialah berpuluh-puluh mangkuk tanah liat, jag dan juga duit syiling yang sudah sedia terukir sejak 3500 tahun. – AP
Antara koleksi yang tertua dipamerkan ialah berpuluh-puluh mangkuk tanah liat, jag dan juga duit syiling yang sudah sedia terukir sejak 3500 tahun. – AP

Bijan Mohebbi,Azar Esfandiari

Berusia 3.500 tahun

Antara koleksi yang tertua dipamerkan ialah berpuluh-puluh mangkuk tanah liat, jag dan juga duit syiling yang sudah sedia terukir sejak 3,500 tahun sebelum ini dan telah ditempatkan di Universiti of Oriental Institut terkenal di Chicago, Amerika Syarikat.

Iran dan juga Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan diplomatik yang baik semenjak tahun 1979 lagi setelah satu kejadian tragedi yang berlaku di mana beberapa orang penduduk Iran yang terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar telah menyerbu Kedutaan Amerika di Iran dan menahan seramai 52 rakyat Amerika Syarikat serta dijadikan tebusan selama 444 hari. Namun satu perjanjian telah dimeterai pada tahun 2015 di antara Tehran dan juga kuasa-kuasa dunia bagi meletakkan had ke atas program nuklear Iran sebagai pertukaran untuk membatalkan sekatan ekonomi antarabangsa.

Artifak itu termasuklah alat memburu dan jarum jahitan daripada zaman besi dan sepasang rantai leher yang berusia lebih daripada 2,000 tahun. – AP
Artifak itu termasuklah alat memburu dan jarum jahitan daripada zaman besi dan sepasang rantai leher yang berusia lebih daripada 2,000 tahun. – AP
Pameran khas telah dibukakan baru-baru ini di salah sebuah muzium terkenal di Iran iaitu Muzium Negara Tehran. – AP
Pameran khas telah dibukakan baru-baru ini di salah sebuah muzium terkenal di Iran iaitu Muzium Negara Tehran. – AP

Walau bagaimanapun, hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat masih lagi agak goyah dan berkemungkinan besar akan berterusan kekal lama. Presiden Amerika Syarikat baru, Donald Trump telah dikritik ekoran tindakan presiden baru untuk dalam menegah dan mengharamkan negara itu daripada memasuki Amerika Syarikat dan ekoran peristiwa itu, Iran dan Amerika Syarikat sering berperang mulut dan meletakkan Tehran sebagai ‘On Notice’ ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.

Barang-barang artifak dari Universiti Chicago itu sebelum ini telah dipaparkan di universiti itu pada bulan Mei tahun 2016, namun ini adalah kali pertama bahawa semua barangan artifak telah dihantar pulang dari empat buah negara itu dan telah dipamerkan serentak untuk tatapan para pengunjung yang mengunjungi muzium tersebut.

Salah seorang peminat seni, Myriam Rahgoshay berkata bahawa pemulangan beribu-ribu barangan artifak bersejarah ini adalah satu rangsangan utama kepada satu identiti kebangsaan Iran.

“Artifak ini adalah sumber kebanggaan dan keseronokan kerana ia adalah identiti kami, yang terpisah disebabkan oleh perpecahan namun kini ia telah kembali bersatu di bawah satu negara asal, Iran,” tambah Myriam mengakhiri temu ramah bersama wartawan. – AP