Iran pamer sistem misil baru

Iran pamer sistem misil baru

TEHRAN, 21 Ogos – Iran hari ini mengeluarkan imej sistem pertahanan misil jarak jauh yang dibinanya dalam negara buat pertama kalinya, satu projek yang bermula ketika negara itu di bawah sekatan antarabangsa.

Imej-imej disiarkan pelbagai agensi berita menunjukkan Presiden Hassan Rouhani dan Menteri Pertahanan Hossein Dehghan berdiri di hadapan sistem pertahanan misil Bavar 373.

Sistem itu direka untuk memintas misil layar, dron, pesawat gempur dan misil balistik, menurut kenyataan awal oleh Dehghan.

Projek itu dilancarkan sebagai satu alternatif kepada sistem S-300 ciptaan Rusia, yang mana penghantarannya digantung dalam 2010 disebabkan sekatan dikenakan ke atas program nuklear Iran.

“Kami tidak berhasrat membuat versi S-300 Iran — kami mahu membina sebuah sistem Iran dan kami akhirnya dapat membinanya,” Dehghan memberitahu agensi berita IRNA pada hujung minggu.

Dalam khutbah Jumaat sehari sebelumnya, dia mengatakan: “Kuasa misil kita adalah pada tahap yang mana kita boleh memusnahkan semua sasaran kita pada mana-mana jarak operasi.”

Manakala Rouhani mengatakan dalam satu ucapan disiarkan secara langsung pada Ahad, bajet tentera Iran sudah pun dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Jika kita dapat membincangkan dengan kuasa dunia di meja rundingan, ia adalah kerana kita mempunyai kekuatan nasional, kerana perpaduan kita,” tambahnya.

Rouhani juga mendedahkan enjin turbo jet buatan pertama Iran hari ini, mengatakan ia berupaya melakukan penerbangan sejauh 50,000 kaki.

“Republik Islam ini merupakan sebuah daripada lapan negara di dunia yang mempunyai kemahiran teknologi untuk membina enjin-enjin ini,” kata presiden.

Dehghan menambah bahawa Iran kini sedang berusaha untuk membangunkan misil layar lautan berkelajuan supersonik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA