Iran rancang 150 pusat pemulihan alkohol

Iran rancang 150 pusat pemulihan alkohol

TEHRAN, 8 Jun (AFP) – Iran merancang membuka 150 pusat pemulihan alkohol, menurut pegawai Kementerian Kesihatan hari ini, sekali gus menyokong skala penyalahgunaan di negara yang menegah meminum arak tersebut.

Ketua menteri jabatan penyalahgunaan dadah, Dr Alireza Norouzi, memberitahu agensi berita ISNA bahawa 150 pusat pemulihan akan memberikan penetapan istimewa dan kursus pendidikan untuk membantu orang ramai berhenti meminum alkohol.

Enam dari pusat tersebut akan dibuka pada Mac 2016 juga menyediakan penyahtoksin pesakit, kata Norouzi.

Iran membuka pusat penyahtoksin pertamanya di Tehran pada penghujung 2013.

Pihak berkuasa menganggarkan seramai 200,00 warga Iran ketagihan alkohol walau larangan meminum arak digubal sejak Revolusi Islam pada 1979.

Pengecualian hanyalah pada minority Kristian Iran, yang dibenarkan untuk menghasilkan wain digunakan sewaktu upacara sembahyang Katolik.

Tetapi minuman keras tetap dihasilkan, membawa kepada kekerapan laporan kematian orang dewasa akibat alkohol. Ia juga di seludup dari negara-negara jiran, khususnya Turki dan sebahagian Kurdish Iraq.

Polis trafik telah memperkenalkan ujian di tepi jalan beberapa tahun lepas dalam usaha mengatasi perbuatan memandu dalam keadaan mabuk. Pesalah akan dikenakan saman dua juta rial (AS$67 dolar).

ARTIKEL YANG SAMA