Iran rancang pencegahan nuklear

Iran rancang pencegahan nuklear

DUBAI, 29 Okt (Reuters) – Iran merancang meneruskan pencegahan nuklear apabila ia memulakan program nuklear dalam tahun 1980an, ketika peperangan selama lapan tahun dengan Iraq, bekas presiden dipetik sebagai berkata.

Iran sedang melaksanakan perjanjian yang dicapai dengan kuasa-kuasa dunia pada bulan Julai yang bertujuan membendung program nuklearnya untuk mengurangkan kebimbangan pihak Barat bahawa ia cuba membina bom nuklear. Sepanjang rundingan, Iran menegaskan programnya hanyalah untuk tujuan aman.

Dalam temu bual dengan majalah Iran, Nuclear Hope minggu ini Akbar Hashemi Rafsanjani berkata para pegawai bercadang tentang kemampuan pencegahan apabila program nuklear kali pertama bermula, tetapi menegaskan ia tidak pernah diselesaikan.

“Apabila kali pertama kami memulakan, kami sedang berperang dan kami berusaha untuk mendapatkan kemungkinan itu, bagi hari pihak musuh mungkin menggunakan senjata nuklear. Itu adalah cadangan. Namun ia tidak pernah menjadi kenyataan,” Rafsanjani berkata dalam temu bual, yang diadakan oleh agensi berita kerajaan IRNA semalam.

Iran terlibat dalam peperangan yang memusnah, dengan Iraq dalam tahun 1980an. Diktator Iraq, Saddam Hussein, penyerang, mempunyai program nuklear sepanjang peperangan. Dia tidak pernah memajukan senjata nuklear tetapi menggunakan senjata kimia kemudian dalam peperangan.

Menurutnya dia telah pergi ke Pakistan untuk cuba menemui Abdul Qadeer Khan, pengasas program senjata nuklear Pakistan yang kemudian membantu Korea Utara membina bom, tetapi tidak dapat bertemu dengannya.

Khan adalah tumpuan skandal pembiakan nuklear terbesar dunia dalam tahun 2004 apabila dia mengaku menjual kerahsiaan nuklear kepada Iran, Korea Utara dan Libya.