Iran serah dokumen lampau nuklear kepada IAEA

Iran serah dokumen lampau nuklear kepada IAEA

TEHRAN, Iran, 16 Ogos (Agensi) – Iran menyerahkan dokumen aktiviti nuklear lampaunya kepada Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA), bersama dengan jawapan kepada soalan relevan, menurut jurucakap Persatuan Tenaga Nuklear Iran, Behrouz Kamalvandi di sini.

“Seperti yang dipersetujui bersama IAEA, Iran membentangkan dokumen dan tindak-tindak balas kepada IAEA mengenai program nuklear lampaunya atau dimensi tentera (PMD), sebelum tarikh akhir,” Kamalvandi dipetik sebagai berkata oleh agensi berita IRNA.

Garis kasar perjanjian di antara Tehran dan IAEA, untuk menyelesaikan isu yang belum selesai mengenai kegiatan nuklear lampau PMD adalah sulit, kata Kamalvandi.

Kamalvandi memuji Yukiya Amano, Ketua Pengarah IAEA, kerana tidak mendedahkan perjanjian mengenai isu PMD kepada Kongres Amerika Syarikat, berkata, “Ia adalah satu ujian besar untuk IAEA untuk menyimpan rahsia.”

ARTIKEL YANG SAMA