Iran tangkap warga Britain-Iran berhubung ‘kaitan risikan’

Iran tangkap warga Britain-Iran berhubung ‘kaitan risikan’

TEHRAN, 16 Ogos – Iran telah menangkap seorang warga Britain-Iran kerana disyaki berkaitan dengan perkhidmatan perisikan UK, kata pendakwa Tehran memberitahu media Iran hari ini.

“Tertuduh, yang telah ditangkap di Tehran minggu lepas, sangat aktif dalam bidang ekonomi Iran, dan dikatakan mempunyai kaitan dengan perkhidmatan perisikan Britain,” agensi berita Mizan memetik Abbas Jafari Dolatabadi sebagai berkata.

Dia tidak memberitahu nama atau gender tertuduh.

Tiga rakyat lain yang mempunyai dua kerakyatan juga telah ditangkap beberapa tahun yang lalu – Amerika, Britain dan Kanada – yang pada masa ini sedang menunggu perbicaraan.

Dolatabadi mengulang semula amaran daripada pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei yang kerajaan Barat mungkin akan ‘menyerap’ negara itu ekoran perjanjian nuklear tahun lepas.

Iran tidak mengiktiraf dua kerakyatan dan hanya akan memperlakukan mereka yang ditangkap itu sebagai warga Iran sahaja. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA