Iran terima sistem S-300 Rusia

Iran terima sistem S-300 Rusia

TEHRAN, 11 Nov ( AFP) – Iran akan menerima sebahagian besar daripada sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 yang ditempah daripada Rusia pada akhir tahun ini, Menteri Pertahanan Teheran berkata.

“Kami menandatangani kontrak dengan Rusia dan ia sudah selesai. Kami akan mengambil alih sebahagian besar sistem menjelang akhir tahun ini,” Hossein Dehghan memberitahu kepada televisyen lewat kelmarin.

Beliau berkata, tentera Iran telah dilatih di Rusia untuk mengendalikan sistem peluru berpandu jenis permukaan-keudara. Minggu ini, pengendali perbadanan Teknologi negeri Rusia (Rostec) akan mengumumkan tentang penandatangan kontrak penghantaran di Tehran untuk peluru berpandu S-300.

Moscow pada April lalu menarik balik sekatan penjualan sistem peluru berpandu ke Iran yang bertarikh dari 2010. Keputusan itu mencetuskan kecaman dari Israel dan kebimbangan dari Washington, kerana ia datang sebelum penarikan sekatan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan PBB.

Gambar menunjukan beberapa kadet tentera berada berhampiran dengan sistem peluru berpandu jenis permukaan-keudara – AFP
Gambar menunjukan beberapa kadet tentera berada berhampiran dengan sistem peluru berpandu jenis permukaan-keudara – AFP

ARTIKEL YANG SAMA