Iran tetap peroleh senjata nuklear

Iran tetap peroleh senjata nuklear

BAITULMAQDIS, 10 Jun (AFP) – Perjanjian yang bakal dimeterai di antara Iran dan kuasa-kuasa dunia tidak akan mencegah republik Islam tersebut daripada memperoleh senjata nuklear, menurut Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam, sambil menjelaskan negara-negara Arab turut berkongsi keprihatinannya.

“Saya ada bercakap dengan beberapa jiran kita, lebih daripada apa yang anda fikirkan. Dan saya mahu maklumkan anda bahawa tiada sesiapa pun di rantau ini percaya perjanjian ini akan menghalang laluan bagi Iran mendapatkan bom atom,” katanya pada satu persidangan keselamatan di Herzliya berhampiran Tel Aviv.

Kenyataan Netanyahu itu dibuat tatkala tempoh akhir 30 Jun semakin mendekati bagi pemeteraian perjanjian yang akan mengurangkan program nuklear Iran dengan imbalannya penarikan balik sekatan, yang sudah lama ditentang oleh Israel, menyebabkan hubungannya dengan Rumah Putih terjejas.

ARTIKEL YANG SAMA