Iran ‘tidak akan toleransi’ dengan pencabulan Trump

TEHRAN, 6 Dis – Presiden Iran, Hassan Rouhani mengecam rancangan rakan sejawatan Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai bandar Israel hari ini, mengatakan ia tidak akan bertoleransi.

Iran ‘tidak akan bertoleransi ke atas pencabulan tempat suci Islam itu,” katanya.

“Orang Islam harus berdiri bersatu menentang plot utama ini.”

Rouhani bercakap semasa perhimpunan pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar dari negara-negara Islam, yang dijangka akan bertemu di Tehran bagi menghadiri acara yang bertujuan untuk mempromosi perpaduan Islam, sempena menandakan ulang tahun hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Ayatollah Ali Khamenei semasa menghadiri mesyuarat bersama para pegawai Iran peserta Sidang Perpaduan Islam Antarabangsa ke-31 dan duta-duta dari negara-negara Islam, di Tehran, Iran pada 6 Disember. – AP

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei bercakap sebelumnya semasa sidang itu, berkata pengiktirafan AS ke atas Baitulmaqdis sebagai bandar Israel adalah satu langkah terdesak yang berpunca daripada ‘ketidakcekapan dan kelumpuhan’ mereka.

“Dunia Islam tidak ragu-ragu lagi akan berdiri teguh menentang rancangan ini dan Zionis akan menerima padah besar akibat tindakan ini dan Palestin akan dibebaskan,” kata Khamenei. – AFP