Iran tidak hantar perwakilan bagi mesyuarat OPEC

Iran tidak hantar perwakilan bagi mesyuarat OPEC

TEHRAN, 17 April (AFP) – Iran tidak akan menghantar mana-mana perwakilan ke sidang kemuncak penting minyak di Doha yang bertujuan untuk membincangkan pembekuan pengeluaran minyak, kata menteri petroleum Tehran hari ini.

“Mesyuarat Doha adalah bagi orang yang ingin untuk menyertai pelan pembekuan pengeluaran…namun sejak Iran tidak dijangkakan untuk menandatangani pelan itu, kehadiran bagi perwakilan Iran adalah tidak perlu,” Bijan Zanganeh dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Shana.

Tehran, yang berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah selepas pembatalan sekatan Barat berkaitan nuklear, telah mengatakan pada Jumaat lalu ia akan menghantar perwakilan OPECnya ke sidang itu di Qatar yang dijangka akan bermula hari ini.

“Iran tidak akan mengurangkan kuota pengeluaran bersejarahnya,” kata Zanganeh.

ARTIKEL YANG SAMA