Iran: Tidak jejas pembangunan

Iran: Tidak jejas pembangunan

TEHRAN, 5 Jan (AFP) – Pemutusan hubungan diplomatik Arab Saudi dengan Tehran tidak akan merosakkan atau memusnahkan pembangunan Iran, menurut jurucakap kerajaan hari ini.

Mohammad Bagher Nobakht mengatakannya selepas Riyadh memutuskan hubungan sebagai bantahan terhadap serangan ke atas kedutaannya dan konsulat oleh pembantah Iran yang marah berhubung hukuman mati ulama Syiah terkenal di Arab Saudi.

Bahrain dan Sudan juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, dan sebilangan negeri-negeri Arab lain telah memanggil pulang utusan mereka, atas simpati dengan Riyadh.

Hubungan buruk dengan Arab Saudi ‘tidak akan memberi impak ke atas pembangunan kebangsaan Iran,” kata Nobakht, tanpa menghuraikan lebih lanjut.

Sebaliknya, ‘ia adalah Arab Saudi yang akan menderita,” kata Nobakht.

Jurucakap juga mengulang semula kritikan keras Tehran berhubung hukuman mati ke atas Sheikh Nimr al-Nimr pada Sabtu.

“Kami mengutuk hukuman mati seperti Daesh yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas ulama Sheikh Nimr,” kata Nobakht, menggunakan akronim Arab bagi kumpulan Islamic State (IS).

Riyadh sedang cuba untuk memberi pampasan atas kegagalan politiknya dalam konflik serantau, menurut Nobakht.

“Ini adalah reaksi atas kegagalan mereka di Iraq, Syria dan Yaman, yang Arab Saudi ingin beri pampasan,” katanya, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA