Iran tuduh Arab Saudi cetus ketegangan serantau

Iran tuduh Arab Saudi cetus ketegangan serantau

TEHRAN, 4 Jan (AFP) – Kementerian luar Iran menuduh Arab Saudi mencetuskan ketegangan serantau hari ini selepas negara itu memutuskan hubungan diplomatik dan berkata kakitangan kedutaan Iran mesti meninggalkan negara dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Arab Saudi bukan sahaja melihat kepentingannya tetapi juga kewujudannya dalam mengatasi krisis dan konfrontasi dan usaha untuk menyelesaikan masalah dalamannya dengan mengeksport hal itu keluar,” kata jurucakap kementerian Hossein Jaber Ansari.

Arab Saudi mengumumkan responsnya sehari selepas kedutaannya di Tehran dibom oleh perusuh yang marah dan bahagian dalam bangunan dimusnahkan. “Apa yang berlaku berhubung misi diplomatik, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di seluruh dunia,” kata Ansari.

Dengan memutuskan hubungan diplomatik, Arab Saudi “sedang meneruskan dasar menambah ketegangan dan pertempuran di rantau,” kata Ansari. Kata-kata beliau keluar pada pagi selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengumumkan hubungan diplomatik telah diputuskan, memberikan diplomat Iran notis 48 jam untuk meninggalkan negara.

Jubeir berbuat demikian selepas kedua-dua negara berselisih mengenai pelaksanaan hukuman mati seorang ulama Syiah, Nimr al-Nimr pada Sabtu, satu perbuatan yang dikatakan oleh pemimpin tertinggi Iran akan dibayar dengan “balas dendam.”

Negara yang kaya dengan minyak itu juga berpecah belah disebabkan perang lima tahun di Syria, di mana Iran menyokong rejim, dan konflik di Yaman di mana gabungan pimpinan Saudi sedang bertempur dengan pemberontak Syiah. Ansari, yang berkata diplomat Iran masih belum meninggalkan Riyadh, menegaskan Iran sentiasa melindungi misi diplomatik untuk memastikan keselamatan diplomat dan mengatasi penindasan.

Presiden Iran Hassan Rouhani semalam mengecam keganasan di kedutaan sebagai “tidak wajar” dan pegawai kehakiman berkata 44 tangkapan telahpun dilakukan.

ARTIKEL YANG SAMA