Iraq belasah Thailand

Iraq belasah Thailand

TEHRAN, Iran, 12 Okt – Pemain Iran Mohammad Abdulraheem meledak kesemua empat gol dalam kemenangan 4-0 Iraq ke atas Thailand untuk mengutip mata pertama dalam saingan Kumpulan B.

Dua gol di setiap babak ke atas pasukan yang terpaksa bermain 10 orang selepas Koravit Namwiset dilayangkan kad merah ketika permainan berbaki 20 minit. Thailand tewas kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Australia terpaksa berpuas hati dengan jaringan Mile Jedinak untuk mengikat Jepun dengan kesudahan seri 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, kelmarin.

Genki Haraguchi meletakkan Jepun di depan seawal minit keenam selepas pertahanan Australia melakukan kesilapan, tetapi penyerang Hertha Berlin itu memberikan penalti kepada lawan selepas menolak Tomi Juric.

“Kami menjangkakan reaksi kami dan itu yang kami lakukan. Babak kedua kami lebih bersabar, pergerakan kami lebih baik dan menekan mereka,” kata Jedinak yang bermain untuk Aston Villa selepas menyempurnakan sepakan penalti berkenaan. – AP

Penyokong Iraq bersorak selepas pasukan kebangsaan negara itu menjaringkan gol semasa perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018 semasa menentang Thailand di Stadium Shahid Dastger, Tehran, kelmarin. – AFP
Penyokong Iraq bersorak selepas pasukan kebangsaan negara itu menjaringkan gol semasa perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018 semasa menentang Thailand di Stadium Shahid Dastger, Tehran, kelmarin. – AFP