Iraq berkabung bagi mangsa pengeboman Baghdad

Iraq berkabung bagi mangsa pengeboman Baghdad

BAGHDAD, 4 Julai – Warga Iraq hari ini berkabung bagi lebih 200 orang yang terkorban dalam pengeboman nekad yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad, menjadi di antara serangan paling maut di negara itu.

Letupan itu, yang kumpulan Islamic State (IS) katakan dilakukannya, telah melanda daerah Karrada awal pada kelmarin ketika kawasan itu dipenuhi oleh pembeli-belah menjelang cuti tamatnya bulan puasa Ramadan.

Serangan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga Iraq atas ketidakupayaan kerajaan untuk mengekalkan tempat itu selamat walaupun pasukannya berusaha menyingkirkan IS, dan memaksa Perdana Menteri Haider al-Abadi untuk mengumumkan usaha bagi mengutarakan kecacatan berpanjangan dalam langkah keselamatan Baghdad.

Pejabat Abadi mengumumkan tiga hari penggabungan negara bagi para mangsa serangan dan dia berikrar untuk ‘menghukum’ dalang letupan itu.

Serangan itu, yang para pegawai keselamatan dan perubatan beritahu AFP telah membunuh kira-kira 213 orang dan mencederakan lebih 200, muncul seminggu selepas pasukan negara menawan kembali Fallujah dari IS, meninggalkan Mosul satu-satunya bandar Iraq di bawah kawalan kumpulan jihad itu. – AFP

Warga Iraq yang mengunjungi bekas tapak pengeboman berasa sedih selepas melihat kawasan yang di-bom di kejiranan Karrada, Baghdad pada 4 Julai. - AFP
Warga Iraq yang mengunjungi bekas tapak pengeboman berasa sedih selepas melihat kawasan yang di-bom di kejiranan Karrada, Baghdad pada 4 Julai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA