Iraq berusaha tangani propaganda IS

Iraq berusaha tangani propaganda IS

BAGHDAD, 30 April – Pihak berkuasa Iraq mengambil sikap bertahan selepas kumpulan Negara Islam (IS) meraih propaganda besar kejayaan dengan serangan di Anbar, sekali gus melemahkan keyakinan dalam percubaan Baghdad untuk merampas semula wilayah penting itu.

April bermula dengan tentera kerajaan menawan semula bandar Tikrit selepas pertempuran yang panjang, kejayaan terbesar Baghdad dalam konflik sebelas bulan dengan kumpulan jihad.

Kemudian Perdana Menteri Haider al-Abadi mengumumkan bahawa wilayah Anbar, yang sebahagiannya masih di bawah penguasaan IS, adalah yang akan datang.

IS menyerang balas dengan serangan di Anbar yang menganjakkan teknik naratif dari satu kejayaan kerajaan kepada satu kekalahan bakal berlaku – dan mencetuskan khabar angin usaha menutup berita mengenai kematian lebih 100 anggota tentera.

“Tiada kejayaan ketenteraan bagi IS di Anbar. Apa yang berlaku di sana adalah perang psikologi,” kata Abadi pada Selasa lepas di parlimen, cuba untuk menangani kritikan yang semakin meningkat.

Anggota tentera Iraq mengangkut keranda di Baghdad pada 29 April 2015, ketika majlis pengebumian jenazah mangsa dipercayai dibunuh secara beramai-ramai selepas digali semula dari sebuah kubur besar di Tikrit. – AFP
Anggota tentera Iraq mengangkut keranda di Baghdad pada 29 April 2015, ketika majlis pengebumian jenazah mangsa dipercayai dibunuh secara beramai-ramai selepas digali semula dari sebuah kubur besar di Tikrit. – AFP

“Sebahagian kita mengambil bahagian dalam perang psikologi dengan kenyataan seperti “Anbar jatuh atau akan jatuh”. “Anbar masih menentang,” katanya.

Selepas kejayaan Tikrit dan pengumuman Abadi bahawa bahagian Anbar di barat Baghdad adalah seterusnya, IS melancarkan serangan di kawasan ibu negeri wilayah Ramadi.

Pegawai-pegawai berkata serangan membabitkan hanya berbelas-belas pejuang, tetapi lebih dari 110,000 melarikan diri, menambah kepada 2.5 juta orang yang sedia kehilangan tempat tinggal sejak tahun lepas.

Kumpulan jihad pertama kali merampas Albu Faraj di bahagian utara Ramadi, kemudian menyerang pasukan keselamatan di timur, merampas beberepa kawasan, kata pegawai-pegawai.

Brigedier Jeneral Abdulamir al-Khazraji berkata keadaan menjadi lebih buruk dengan orang ramai turut bersekongkol dengan musuh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA