Iraq cari 3 warga AS diculik

Iraq cari 3 warga AS diculik

BAGHDAD, 19 Jan – Anggota keselamatan di Baghdad sedang mencari tiga rakyat AS yang dikatakan oleh penggubal undang-undang Iraq telah diculik semalam, yang, jika disahkan, akan menjadikan mereka warga Amerika pertama yang diculik di negara itu sejak tentera AS menarik diri pada tahun 2011.

Lelaki bersenjata tidak dikenali menculik ketiga-tiga lelaki daripada sebuah pangsapuri persendirian pada Jumaat di daerah Dora tenggara ibu negara, kata Mohammed al-Karbouli, yang menganggotai panel keselamatan dan pertahanan parlimen.

Masih tidak jelas sama ada motif mereka adalah bersifat politik atau jenayah.

Iskandar Witwit, penolong ketua panel yang sama, memberikan kisah yang sama memetik pegawai kanan keselamatan yang berkata orang awam telah diculik daripada kompleks perumahan daerah Sihha.

Dua di antara tiga orang juga mempunyai kerakyatan Iraq, kata beliau.

Satu pasukan sniper keselamatan Iraq melihat dan memantau melalui skop senapang bagi langkah pengawalan di kota Ramadi. - Reuters
Satu pasukan sniper keselamatan Iraq melihat dan memantau melalui skop senapang bagi langkah pengawalan di kota Ramadi. – Reuters

Pejuang militia Islam Syiah, dilihat sebagai benteng dalam pertempuran menentang militan Islamic State, mempunyai kehadiran yang ramai di kawasan daerah Sunni.

Ketiga-tiga lelaki itu bekerja untuk sebuah syarikat kecil yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan untuk divisyen teknologi maklumat General Dynamics Corp, di bawah kontrak yang lebih besar dengan Tentera AS, menurut satu sumber yang rapat dengan perkara itu.

Nama dua di antara lelaki itu, yang pertama disiarkan oleh Foc News dan saluran media lain, adalah Wael al-Mahdawy (di mana namanya juga dieja, Wael al-Mahdawi) dan Amro Mohammed, menurut sumber, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Ejaan nama lelaki pertama adalah tidak konsisten dengan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa, kata sumber.

Nama lelaki ketiga tidak dapat diperolehi.

Mark Meudt, jurucakap untuk General Dynamics, merujuk semua pertanyaan kepada Jabatan Negara AS.

Jabatan Negara pada ahad lalu berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Iraq untuk mengesan warga Amerika yang dilaporkan hilang, tanpa mengesahkan mereka telah diculik. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA