Iraq gesa PM mohon Rusia serang militan IS

Iraq gesa PM mohon Rusia serang militan IS

BAGHDAD, 21 Okt – Pakatan pemerintah Iraq dan militia Syiah yang berkuasa menggesa Perdana Menteri Haider al-Abadi untuk memohon supaya Rusia melancarkan serangan udara terhadap militan Negara Islam, yang menguasai sebahagian besar negara ini, ahli-ahli gabungan dan militia memberitahu wartawan.

Ketua bahagian Amerika, Joseph Dunford, berkata dalam perjalanannya ke Baghdad Selasa lalu bahawa Amerika Syarikat telah mendapat jaminan Iraq bahawa ia tidak akan melakukan serangan tersebut.

Abadi, pihak kerajaan dan militia sokongan Iran, semuanya melahirkan kekecewaan dengan kadar pelaksanaan kempen AS menentang Negara Islam dan memberi isyarat niat mereka untuk bersandar kepada Moscow, yang memberi kebingungan kepada Washington.

Dua ahli parlimen berkata bahawa Perdana Menteri berada di ‘tekanan yang besar’ dari pakatan pemerintah Kebangsaan bagi meminta campur tangan Rusia.

Ahli Parlimen dan ahli-ahli pakatan berkata permintaan rasmi disampaikan kepada Abadi dalam mesyuarat minggu lalu dan beliau tidak memberi maklum balas.

Rusia, Iran, Syria dan Iraq telah membentuk satu sel perisikan yang berpangkalan di Baghdad dalam usaha untuk meningkatkan usaha menangani penularan kumpulan Negara Islam di rantau ini. – Reuters

Pejuang Syiah Iraq dari unit Mobilisasi, berjuang bersama tentera kerajaan Iraq, melancarkan roket semasa operasi ketenteraan menentang kumpulan IS Isnin lalu - AFP
Pejuang Syiah Iraq dari unit Mobilisasi, berjuang bersama tentera kerajaan Iraq, melancarkan roket semasa operasi ketenteraan menentang kumpulan IS Isnin lalu – AFP

ARTIKEL YANG SAMA