Iraq tekad laksana pembaharuan

Iraq tekad laksana pembaharuan

BAGHDAD, 10 Ogos (AFP) – Perdana Menteri Iraq Haid al-Abadi semalam mencadangkan pengurangan jawatan kerajaan dan mengawal hak istimewa dalam usaha melaksanakan pembaharuan yang dicetuskan oleh kemarahan rakyat berhubung amalan rasuah dan kelemahan dalam pemerintahan.

Cadangan pembaharuan tersebut berikutan demonstrasi selama berminggu-minggu serta gesaan bagi langkah pembaharuan lebih tegas daripada ulama Syariah Ayatollah Ali al-Sistani, yang dihormati oleh berjuta-juta warga Iraq.

Di tengah-tengah keadaan cuaca panas yang suhunya mencecah sehingga 50 darjah Selsius, para pembantah berkumpul menentang kualiti perkhidmatan yang teruk, terutama kekerapan gangguan bekalan elektrik yang kadang-kadang berterusan selama beberapa jam setiap hari.

Salah satu cadangan paling drastik digariskan oleh Abadi adalah gesaan bagi mengurangkan jawatan naib presiden dan timbalan perdana menteri dengan kadar “segera.”

Perdana Menteri Iraq Haid al-Abadi. – AFP
Perdana Menteri Iraq Haid al-Abadi. – AFP

Kabinet meluluskan rancangan pembaharuan pada semalam, kata pejabat Abadi, tetapi perubahan seperti membubarkan jawatan tersebut memerlukan pindaan perlembagaan, yang sudah pastinya membabitkan tindakan Parlimen.

Sementara itu gesaan pembaharuan besar oleh Abadi turut membabitkan perubahan dari segi cara pemilihan para pegawai kanan, sambil berkata bahawa “kuota politik dan mazhab” perlu dihentikan, dan para calon dipilih oleh jawatankuasa dilantik perdana menteri.

ARTIKEL YANG SAMA