Ireland mampu kejutkan Itali

Ireland mampu kejutkan Itali

LILLE, Perancis, 22 Jun (AFP) – Pemain pertahanan, Seamus Coleman percaya betapa Republik Ireland boleh mengulangi satu lagi kemenangan luar biasa ke atas Itali pada awal pagi esok dalam usaha terakhir mereka untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik Euro 2016.

Ireland setakat ini tiba ke pertemuan terakhir Kumpulan E di Lille dengan satu mata dan wajib menang di Stade Pierre-Mauroy sekiranya mahu mara ke pusingan kalah mati.

Itali pula sudah menyambar tiket ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan, selepas mengutip kemenangan pada dua aksi pertama.

Skuad kendalian Martin O’Neill perlu mengambil kesempatan di atas kejayaan Itali mara lebih awal untuk bangkit daripada kekalahan besar 3-0 kepada Belgium kerana The Azzurri pasti mengambil ringan pertemuan ini.

Pasukan Republik Ireland mengadakan latihan sebelum berdepan Itali. – AFP
Pasukan Republik Ireland mengadakan latihan sebelum berdepan Itali. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Anda perlu melihat berpandukan keputusan beberapa tahun kebelakangan ini dan anda melihat pemain mencipta nama untuk diri sendiri, menjadikan mereka wira dalam kalangan penyokong Ireland. Ia sesuatu yang anda impikan,” kata pertahanan kanan Everton, Coleman kepada pemberita.

Ireland sedang mencuba untuk mengulangi kemenangan luar biasa 1-0 menentang Itali pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat apabila ledakan menakjubkan Ray Houghton menghadiahkan satu-satunya kemenangan mereka ke atas Azzurri.

ARTIKEL YANG SAMA