Ireland, Serbia sekadar seri 2-2

Ireland, Serbia sekadar seri 2-2

BELGRADE, 6 Sept – Jaringan pertama Daryl Murphy dalam persaingan antarabangsa memastikan pasukan Republik Ireland seri 2-2 menentang Serbia dalam aksi kelayakan Piala Dunia yang menghiburkan semalam.

Murphy baru diturunkan empat minit sebelum menyamakan kedudukan selepas tuan rumah meningkatkan kebangkitan dan belum pernah tewas dalam lima perlawanan di bawah jurulatih Slavoljub Muslin yang berusia 63 tahun. Tuan rumah berjaya bangkit setelah ketinggalan 1-0 untuk mendahului 2-1.

Jurulatih Ireland, Martin O’Neill gembira dengan persembahan pasukannya. Dia memastikan tidak akan keluar dari tugasan itu walaupun belum menandatangani kontrak baru dan dikaitkan dengan jawatan sepenuh masa bersama pasukan Liga Perdana, Hull.

Jeff Hendrick, yang mempamerkan persembahan cemerlang pada Euro 2016 yang membolehkannya untuk berpindah ke pasukan Liga Perdana, Burnley minggu lalu, membuka jaringan pada minit ketiga sebelum Filip Kostic menyamakan kedudukan dengan apa yang juga dilihat jaringan pertamanya bagi negara itu selepas sejam.

Daryl Murphy (tengah) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Serbia di Belgrade kelmarin. – AFP
Daryl Murphy (tengah) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Serbia di Belgrade kelmarin. – AFP

Beraksi di stadium yang sebahagiannya kosong ketika peminat kecewa dengan persembahan hambar yang menyaksikan mereka gagal layak bagi tiga persaingan utama, Serbia mendahului menerusi sepakan penalti dari Dusan Tadic dari Southampton, dan dia meraikannya dengan menghisap ibu jari untuk mengalu-alukan kelahiran anak keduanya.

Hendrick membuka jaringan ketika rembatannya dari luar kotak penalti melantun mengenai kapten pasukan Serbia, Branislav Ivanovic selepas tuan rumah bergelut untuk mengeluarkan sepakan percuma. Pemain veteran Ireland, John O’Shea, yang beraksi bagi perlawanan ke-115 bagi negaranya, mendapatkan Shane Long dan hantarannya kepada Hendrick jelas walaupun jika ia berakhir mendapatkan bantuan Ivnonvic. – AFP