Ireland tewas di tangan Belarus

Ireland tewas di tangan Belarus

MADRID, 1 Jun – Persediaan pasukan Ireland bagi Euro 2016 terjejas semalam, dalam kekalahan mengejut 2-1 di tempat sendiri kepada pasukan Belarus dalam perlawanan pemanasan.

Ireland beraksi dalam perlawanan tersebut tanpa kelibat Robbie Keane dan Harry Arter, keduanya mungkin tidak dimasukkan dari skuad 23 pemain di mana pengurus pasukan Martin O’Neill perlu menghantarnya ke UEFA selepas perlawanan itu.

Mikhail Grodeychuk meletakkan pendahuluan kepada Belarus pada minit ke 20 dengan ledakan kencang, selepas menerima asis dari Igor Stasevich.

Kedudukan tersebut semakin teruk bagi tuan rumah Ireland apabila Maksim Volodko menukar kedudukan menjadi 2-0 selepas menerima umpanan dari Nikolay Yanush.

Stephen Ward menjaringkan satu gol bagi Ireland pada minit ke 72 dengan sepakan kaki kiri, berikutan gandingan dari Shane Long, tetapi Belarus mampu bertahan bagi kemenangan itu.

Dalam persaingan Euro di Perancis yang bermula pada 10 Jun ini Ireland berada dalam Kumpulan E bersama Belgium, Itali dan Sweden.

Salah satu aksi ketika perlawanan itu berlangsung. – AP
Salah satu aksi ketika perlawanan itu berlangsung. – AP

Kemunculan mereka akan berlangsung di Paris menentang Sweden pada 13 Jun.

Awal semalam, pasukan Austria membuat pemanasan terakhir dengan kemenangan 2-1 di tempat sendiri kepada Malta, menerusi jaringan dari Marko Arnautovic dan Alessandro Schopef.

Arnautovic memberikan Austria pendahuluan pada minit keempat selepas menerima umpanan baik dari Schoepf, kemudian 14 minit kemudian menukar kedudukan 2-0 dengan sepakan kaki kiri selepas gandingan menarik dari Zlatko Junuzovic.

Dalam perlawanan persahabatan biasa, terdapat pemain gantian yang banyak pada separuh masa kedua, yang menjejaskan rentak Australia.

Pemain pertahanan Austria, David Alaba menjaringkan gol sendiri tiga minit sebelum tamat, yang bermakna perlawanan itu beraksi dengan kedudukan mendatar bagi tuan rumah.

Austria yang tidak beraksi dari pertandingan bola sepak utama selama hampir 20 tahun diletakkan dalam Kumpulan F bersama Portugal, Iceland dan Hungary. Mereka akan membuat kemunculan menentang Hungary pada 14 Jun di Bordeaux. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA