Ireland Utara lakar sejarah

Ireland Utara lakar sejarah

BELFAST, Ireland Utara, 9 Okt (dpa/AFP) – Ireland Utara layak bagi kali pertama ke Kejohanan Eropah semalam berikutan kemenangan 3-1 ke atas Greece.

Gol kemenangan pasukan itu adalah hasil rembatan daripada kapten Steven Davis dan Josh Magennis.

“Ia impian menjadi nyata. Kami benar-benar mahukan kemenangan malam ini dan tiada tempat paling bagus melakukannya melainkan di depan para peminat tempatan,” kata Davis.

“Ia satu pencapaian yang besar bagi skuad dan seluruh negara,” tambahnya.

Davis membuka jaringan dari jarak dekat pada minit ke-51 hasil hantaran Stuart Dallas dan Josh Magennis kemudian menambah satu lagi gol sejurus sebelum tamat separuh masa pertama.

Pengurus Ireland Utara Micheal O’Neill (dua, kanan) meraikan bersama-sama Josh Magennis (tiga, kanan) selepas Magennis merembat masuk gol ketika kelayakan Kumpulan F UEFA Euro 2016 di Windsor Park di Belfast, Ireland Utara, pada 8 Oktober 2015. – AFP
Pengurus Ireland Utara Micheal O’Neill (dua, kanan) meraikan bersama-sama Josh Magennis (tiga, kanan) selepas Magennis merembat masuk gol ketika kelayakan Kumpulan F UEFA Euro 2016 di Windsor Park di Belfast, Ireland Utara, pada 8 Oktober 2015. – AFP

Davis kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-58 apabila dia membuat tandukan dari bahagian sudut yang kemudian.

Skuad Greece yang tidak putus semangat akhirnya memperoleh gol tunggal mereka empat minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan itu memberikan Ireland Utara kutipan 20 mata, mengatasi tiga mata di kedudukan kedua Romania berikutan kedudukan seri 1-1 mereka ketika menentang Finland di Bucharest.

Sementara itu, Portugal turut bersama layak ke Euro 2016 di Perancis nanti selepas menewaskan Denmark 1-0 di Braga.

Juara dunia, Jerman masih tersekat selepas kalah 1-0 kepada Republik Ireland di Dublin, namun bakal layak sekiranya menewaskan Georgia di gelanggang sendiri Ahad ini.

ARTIKEL YANG SAMA