Ireland Utara tolak pemakaian bunga popi

Ireland Utara tolak pemakaian bunga popi

LONDON, 9 Nov – Pemain-pemain Utara Ireland tidak akan memakai simbol bunga popi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka menentang Azerbaijan Jumaat ini, menurut Pertubuhan Bola Sepak Ireland.

Pertubuhan bola sepak England dan Scotland yang membuat pertemuan di Wembley pada hari yang sama, telah membuat keputusan untuk mengendahkan larangan oleh FIFA mengenai pemakaian simbol politik, komersial atau keagamaan.

Namun sementara pemain mereka akan memakai sarung tangan hitam dan popi, ancaman sekatan dari FIFA bermakna para pemain Utara Ireland akan memakai lilitan lengan hitam bagi perlawanan Hari Artimis mereka di Belfast.

Penduduk di United Kingdom memakai simbol bungai popi untuk memperingati mangsa peperangan mereka dan pihak FA England dan Scotland telah menekankan ia sepatutnya tidak dilihat sebagai satu simbol politik.

“Kami meminta persetujuan FIFA jika boleh membenarkan pasukan Ireland Utara untuk memakai simbol bunga popi pada baju mereka atau pada lilitan lengan,” ketua eksekutif IFA Patrick Nelson berkata dalam satu keterangan hari ini.

“FIFA menasihatkan bahawa mereka tidak boleh memberikan sebarang jaminan yang mereka tidak akan mengenakan tindakan undang-undang jika pasukan Ireland Utara memakai simbol peringatan tersebut pada baju mereka.”

Nelson berkata IFA telah bertanyakan kepada lembaga pengarah Antarabangsa FA, untuk memberikan pengesahan terhapa hal tersebut pada mesyuarat agung tahunan mereka di London Mac tahun depan.

Pihak IFA juga mendedahkan pelan-pelan alternatif bagi hari peringatan tersebut, termasuk berdiam untuk satu minit. – AFP