IS aktif di Jakarta – laporan

IS aktif di Jakarta – laporan

JAKARTA, 30 Jun (dpa) – Pertubuhan-pertubuhan gabungan Negara Islam (IS) adalah aktif di ibu negara Indonesia tetapi setakat ini masih belum menjadi ancaman, kata ketua polis Jakarta hari ini, menurut laporan berita.

“Kami sudah mengambil langkah untuk memantau pergerakan mereka,” Tito Carnavian dipetik sebagai berkata oleh laman sesawang berita Okezone.com.

“Jika mereka bertindak melakukan sesuatu, kami akan segera bertindak,” katanya.

Tito juga berkata pertubuhan-pertubuhan terbabit aktif di seluruh Pulau Jawa, tetapi beliau tidak memberikan maklumat lanjut, kata laporan itu.

Indonesia, negara penduduk Islam paling ramai di dunia, mengalami beberapa siri serangan maut yang dipersalahkan ke atas militan Islam sepanjang tahun 2000 sehingga 2009.

Pihak berkuasa berkata kira-kira 300 hingga 500 warga Indonesia menyertai IS dan sekurang-kurangnya dua daripada mereka sudah meninggal dunia ketika berjuang bersama-sama kumpulan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA