IS bebaskan 270 tebusan

IS bebaskan 270 tebusan

BEIRUT, 20 Jan – Kumpulan IS membebaskan 270 daripada 400 orang awam kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang diculik ketika mereka menyerang kawasan dikuasai kerajaan di timur bandar Deir al-Zor pada Sabtu, kata kumpulan pemantau.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kumpulan itu menculik 50 lagi orang pada Selasa ketika serbuan terhadap rumah di kawasan itu.

Rami Abdulrahman, Ketua Balai Pemantau, berkata bahawa kumpulan itu telah menyimpam banduan lelaki yang berumur di antara 14 dan 55 untuk disoal siasat.

Amerika Syarikat mengutuk keganasan terhadap orang awam di Deir al-Zor dan berkata mereka yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan.

Orang awam yang dibebaskan akan kekal di kampung-kampung yang dikendalikan oleh IS di wilayah Deir al-Zor, yang menghubungkan kumpulan de facto di Raqqa dengan wilayah yang dikuasai oleh kumpulan militan di negara jiran Iraq. – Reuters

Bendera IS tergantung di tengah-tengah wayar elektrik, atas jalan di Ain al-Hilweh, kem pelarian Palestin, dekat bandar pelabuhan Sidon, selatan Lebanon. - Reuters
Bendera IS tergantung di tengah-tengah wayar elektrik, atas jalan di Ain al-Hilweh, kem pelarian Palestin, dekat bandar pelabuhan Sidon, selatan Lebanon. – Reuters