IS bunuh 24 orang awam, tawan kampung Syria

IS bunuh 24 orang awam, tawan kampung Syria

BEIRUT, 29 Julai – Kumpulan jihad Islamic State (IS) telah membunuh kira-kira 24 orang awam selepas merampas sebuah kampung di utara Syria dari perikatan Kurdish-Arab yang disokong AS, menurut pemantau hari ini.

Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata IS membunuh 24 orang awam ’24 jam lalu’ selepas menawan Buyir dari Pasukan Demokratik Syria.

Kampung itu terletak kira-kira 10km dari barat laut Manbij, tempat perjalanan penting antara sempadan Turki dan bandar Raqa de facto IS.

IS merampas kawalan beberapa buah kampung di kawasan desa barat laut Manbij sejak melancarkan ‘serangan ganas’ semalam, menurut Balai Cerap, yang bergantung pada sumber dalaman Syria bagi maklumatnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA