IS culik 230 orang di tengah Syria

IS culik 230 orang di tengah Syria

BEIRUT, 7 Ogos (dpa) – Kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) telah menculik 230 orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 60 beragama kristian, di tengah Syria, menurut sebuah kumpulan pemerhati hari ini.

“Orang-orang yang diculik termasuk 60 beragama kristian dan beberap keluarga Sunni yang mana militan tersebut tuduh bekerjasama dengan tentera rejim [Syria Presiden Bashar al-Assad,” kata Rami Abdel-Rahman, ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Terdapat para wanita dan kanak-kanak di kalangan tebusan itu. Di mana mereka berada ketika ini tidak secara terus diketahui.

Orang-orang awam itu telah ditangkap kelmarin oleh IS di bandar al-Qaryatin, yang mana kumpulan radikal Sunni mengambil alih daripada tentera Syria sehari sebelumnya, menurut Pemerhati berasaskan Britain itu.

Tentera pejuang melepaskan tembakan amaran kepada tentera pejuang IS bagi menghalang kemaraan mereka. – Reuters
Tentera pejuang melepaskan tembakan amaran kepada tentera pejuang IS bagi menghalang kemaraan mereka. – Reuters

Jacques Murad, seorang paderi, yang sebelumnya tinggal di al-Qaryatin, telah diculik oleh IS di pinggir bandar tersebut kira-kira 70 hari lalu.

Al-Qaryatin terletak di timur desa wilayah Homs, berdekatan bandar purba Palmyra yang dikuasai oleh kumpulan IS.

Penaklukan al-Qaryatin akan membolehkan IS untuk memindahkan pejuang-pejuang dan senjata-senjata mereka antara dua kawasan, katanya.

Kumpulan pecahan al-Qaeda juga mengawal wilayah besar di negara jiran Iraq.