IS dakwa bom tengah Baghdad

IS dakwa bom tengah Baghdad

BAGHDAD, 29 Mac (Reuters) – Kumpulan militan Islamic State (IS) mendakwa bertanggungjawab atas pengeboman berani mati hari ini di tengah Baghdad yang polis katakan membunuh tiga orang dan mencederakan 27 yang lain.

Letupan berlaku berhampiran tempat perkumpulan pekerja di Medan Tayaran, kira-kira satu kilometer dari tapak yang ditawan oleh para penyokong ulama Syiah, Moqtada al-Sadr untuk menuntut reformasi politik.

IS, yang mendakwa bertanggungjawab dalam kenyataan online, juga mengakui melakukan pengeboman nekad itu Jumaat lepas yang membunuh 26 orang dalam permainan bola sepak amatur di Iskandariya, selatan Baghdad.