IS dakwa bunuh lelaki Bangladesh

IS dakwa bunuh lelaki Bangladesh

NEW DELHI, 1 Mei (AP) – Seorang lelaki Hindu ditetak sehingga mati di tengah Bangladesh dalam satu lagi serangan didakwa oleh puak radikal di negara majoriti Islam itu, kata polis.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kaitan pembunuhan Nikhil Joarder semalam dengan aduan terhadapnya pada 2012 yang pernah memberi komen mengenai Nabi Muhammad, kata pegawai polis daerah Tangail, Aslam Khan Joarder diserang menggunakan senjata tajam oleh dua lelaki di atas motosikal ketika mangsa berada di kedai jahitnya, kata Khan.

Agensi berita Kumpulan Islamic State (IS), Aamaq, mengeluarkan kenyataan yang mengatakan “unsur-unsur tikaman pisau oleh IS mengakibatkan seorang Hindu mati di Tangail Bangladesh yang terkenal dengan menghina Nabi Muhammad.” Ia tidak memberikan butiran lanjut.

Mangsa pernah dipenjara selama dua minggu pada 2012, dan dibebaskan selepas aduan terhadapnya ditarik balik.

Pembunuhan itu seakan sama dengan serangan baru-baru ini terhadap blogger atheis, ahli akademik, minoriti agama dan terkini aktivis hak gay oleh kumpulan ekstremis.

Seorang pelajar Bangladesh memegang potret Rezaul Karim Siddiqui semasa protes terhadap pembunuhannya di Dhaka, Bangladesh, Jumaat lalu. – AP
Seorang pelajar Bangladesh memegang potret Rezaul Karim Siddiqui semasa protes terhadap pembunuhannya di Dhaka, Bangladesh, Jumaat lalu. – AP

Seramai lima orang terbunuh setakat ini termasuk seorang petugas sebuah Agensi Pembangunan Antarabangsa AS dan aktivis gay, Xulhaz Mannan serta pelakon teater Tonmoi Mahbub. Pada 23 April, seorang profesor universiti, A.F.M. Rezaul Karim Siddique, ditetak hingga mati sementara tahun lalu saja sembilan orang terbunuh.

Walaupun terdapat beberapa tangkapan – kebanyakannya dalam operasi yang lemah – tidak ada pendakwaan setakat ini dan pihak berkuasa telah bergelut untuk mendapatkan kemajuan dalam menamakan mereka yang merancang serangan itu.

Dua lelaki dihukum mati dan enam yang lain dipenjara atas pembunuhan 2013 seorang blogger ateis.