IS dakwa letup dua pesawat perang

IS dakwa letup dua pesawat perang

BENGHAZI, Libya, 12 Jun (Reuters) – Kumpulan militan Negara Islam (IS) cawangan Libya mengeluarkan satu video semalam menunjukkan ia meletupkan dua kapal terbang perang di sebuah pangkalan tentera udara sementara pejuangnya mengarak senjata berat dalam satu pertunjukan kekuatan.

Video menunjukkan pejuang kumpulan mengendali sebuah kereta kebal, menembak senapang mortar dan memusnahkan kapal terbang yang terletak di depan hangar di pangkalan yang dirampas oleh militan berhampiran pusat bandar Sirte.

Namun kesahihan video masih belum dipastikan.

Militan merampas lapangan terbang tentera dan awam Sirte dua minggu lalu, mengembang kawasan yang dikawalnya dengan mengeksploitasi satu kekosongan keselamatan di negara pengeluar minyak itu, di mana dua kerajaan sedang berusaha untuk merampas kuasa.

Militan pada awal minggu ini telah menawan sebuah kilang tenaga di Sirte, melengkapi pengambilalihan bandar secara beransur-ansur yang dimulakannya pada Februari dengan mengundurkan tentera yang dihantar daripada penyokong setia Misrata kepada kerajaan Tripoli.

Imej dari rakaman video IS menunjukkan pesawat yang mereka letupkan di depan sebuah hangar di pangkalan yang mereka rampas berhampiran pusat bandar Sirte. – Reuters
Imej dari rakaman video IS menunjukkan pesawat yang mereka letupkan di depan sebuah hangar di pangkalan yang mereka rampas berhampiran pusat bandar Sirte. – Reuters

Dalam video, seorang pejuang Sudan mengejek tentera Misrata yang telah berundur dari Sirte dan berikrar akan menawan Misrata, sebuah bandar barat. Beliau telah meletup dirinya dalam satu serangan berani mati pada April.

Sejak awal tahun, militan di Libya yang setia kepada IS telah mendakwa bertanggungjawab ke atas pembunuhan berpuluh penduduk Kristian di Mesir dan Habsyah dan serangan ke atas hotel mewah Corinthia ,kedutaan dan padang minyak di Tripoli.

Kerajaan Libya telah berundur dari timur negara sejak kehilangan kawalan ke atas Tripoli dan barat Libya pada Ogos, sebahagian daripada krisis yang membelenggu Libya empat tahun selepas penyingkiran Muammar Gaddafi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengemukakan satu draf baru untuk perjanjian aman pada Isnin untuk memujuk kedua-dua pihak menubuhkan kerajaan bersatu selepas rundingan beberapa bulan di Maghribi.