IS dakwa serang gereja Perancis

IS dakwa serang gereja Perancis

SAINT-ETIENNE-DU-ROUVRAY, Perancis, 26 Julai – Kumpulan Islamic State (IS) mengatakan hari ini bahawa dua daripada ‘askarnya’ telah menyerang gereja Perancis, mengelar leher seorang paderi di negara yang dilanda oleh siri serangan kumpulan jihad.

Drama tebusan di bandar Saint-Etienne-du-Rouvray, Normandy itu muncul tidak lama selepas pembunuhan beramai-ramai di bandar Nice, French Riviera kurang dua minggu lalu, yang mengorbankan 84 orang, juga didakwa dilakukan oleh IS.

Presiden Francois Hollande berkata dua lelaki itu telah menyerbu gereja sebelum membunuh paderi Katolik, telah mengaku kesetiaan kepada kumpulan IS sebelum ditembak oleh polis.

Sejurus selepas itu agensi berita Amaq berkaitan IS, memetik ‘sumber keselamatan’ berkata dalangnya merupakan ‘askar IS yang melakukan serangan sebagai tindak balas kepada panggilan untuk menyasarkan negara-negara gabungan Salibi’.

Presiden Perancis, Francois Hollande (kanan) berdiri di samping anggota RAID, kumpulan intervensi polis kebangsaan Perancis, ketika dia tiba di Saint-Etienne-du-Rouvray selepas tebusan di tawan di sebuah gereja di bandar itu pada 26 Julai. – AFP
Presiden Perancis, Francois Hollande (kanan) berdiri di samping anggota RAID, kumpulan intervensi polis kebangsaan Perancis, ketika dia tiba di Saint-Etienne-du-Rouvray selepas tebusan di tawan di sebuah gereja di bandar itu pada 26 Julai. – AFP

Kedua-dua penyerang menyerbu gereja semasa perhimpunan pagi, menawan lima orang sebagai tebusan, termasuk paderi, kata jurucakap kementerian dalam negeri, Pierre Henry Brandet.

Menurutnya gereja telah dikepung oleh polis dari unit elit BRI, yang pakar dalam penculikan, dan ‘dua penyerang itu keluar dan dibunuh oleh polis’.

Paderi itu meninggal dunia selepas lehernya dikelar, menurut sumber dekat dengan siasatan itu memberitahu AFP.

Tiga tebusan bebas tanpa cedera, dan yang lain dalam keadaan kritikal, kata Brandet. – AFP