IS dakwa serang sempadan Pakistan-Afghan

IS dakwa serang sempadan Pakistan-Afghan

DERA ISMAIL KHAN, Pakistan, 13 Sept (Reuters) – Militan Pakistan yang berikrar taat setia kepada Negara Islam (IS) hari ini mengatakan mereka menyerang satu pos pemeriksaan separa tentera di sepanjang sempadan Afghan, dalam serangan pertama seumpamanya didakwa dilakukan oleh bekas kumpulan serpihan Taliban dalam masa beberapa bulan.

Seorang militan dikaitkan dengan kumpulan itu memberitahu Reuters, kumpulan itu menyerang daerah Damadola di kawasan puak Bajaur di barat daya Pakistan, di mana tentera memerangi pemberontakan militan semenjak 2007, lewat semalam.

“Orang kami memusnahkan pos kawalan, membakarnya dan meninggalkannya selepas operasi kami selesai,” katanya melalui telefon.

Dua pegawai perisikan Pakistan mengesahkan pos pemeriksaan itu diserang, namun tiada kematian dicatatkan.

Kerajaan Pakistan mengatakan IS, sebuah kumpulan diasaskan oleh Syria dan Iraq dalam 2013, tidak mempunyai kumpulan sahih di negara itu. Beberapa buah kumpulan militan kecil dan serpihan kumpulan Pakistan Taliban, bagaimanapun berikrar taat setia kepada IS dan pemimpinnya Abu Bakr al-Baghdadi semenjak tahun lalu.

Setakat ini, IS belum lagi menerima secara rasmi ikrar itu, begitu juga kepimpinan pusatnya tidak mengaku bertanggungjawab bagi sebarang serangan dilancarkan di Pakistan.

Hari ini, sekurang-kurangnya 12 militan terbunuh selepas tentera mengebom kawasan Mana di Lembah Shawal di barat daya Pakistan, dua pegawai keselamatan mengatakan. Lembah yang dilitupi hutan tebal itu merupakan kubu kuat Taliban dan laluan penyeludupan utama ke dalam Afghanistan.

Lembah Shawal masih lagi dikuasai oleh pangkalan-pangkalan Taliban dan pejuang asing lebih daripada setahun selepas tentera mengumumkan satu serangan untuk membasmi Taliban dari Waziristan Utara di sepanjang sempadan Afghan.

Satu serangan dron di seberang sempadan juga membunuh empat orang anggota Taliban Afghan pada pagi ini, menurut pejuang Taliban.

ARTIKEL YANG SAMA