IS dakwa tawan Sirte – SITE

IS dakwa tawan Sirte – SITE

DUBAI, 10 Jun (AFP) – Kumpulan Negara Islam (IS) semalam mendakwa meraih kawalan penuh ke atas bandar Sirte di Libya daripada militia Fajr, termasuk loji kuasa, menurut pemantau Amerika Syarikat.

Kumpulan Perisikan SITE berkata kumpulan jihad menyiarkan gambar “para pejuang IS terbabit dalam pertempuran, dengan menggunakan senjata berat, meninjau loji kuasa dan bandar, selain mayat para pejuang Fajr Libya.”

Dakwaan itu dibuat hampir dua minggu selepas IS melampaui lapangan terbang di Sirte – tempat lahir diktator Muammar Ghadafi – dalam pencapaian ketenteraan pertama kumpulan itu di Libya.

SITE memetik satu laporan yang menyebut satu divisyen IS memanggil dirinya “Wilayah Tripoli” berkata “anggota tentera khalifah” menguasai lokasi terakhir kumpulan bersenjata Fajr Libya di Sirte.

Imej dari media jihad Wilayat Trablus dan diedarkan Kumpulan Perisikan SITE pada 9 Jun 2015 menunjukkan anggota pejuang IS bergerak menuju ke loji kuasa di bandar Sirte selepas IS mendakwa menawan bandar di selatan Libya tersebut. – AFP
Imej dari media jihad Wilayat Trablus dan diedarkan Kumpulan Perisikan SITE pada 9 Jun 2015 menunjukkan anggota pejuang IS bergerak menuju ke loji kuasa di bandar Sirte selepas IS mendakwa menawan bandar di selatan Libya tersebut. – AFP

Laporan itu berkata Sirte kini “menjadi bandar pantai menghubungkan timur dan barat Libya di bawah kawalan penuh para pejuang IS.”

Ia berkata penawanan Sirte dibuat selepas pertempuran yang meletus pada awal pagi yang menyaksikan pejuang-pejuang Fajr Libya kehilangan jalan masuk ke bandar dan loji kuasa, selain kem tentera Al-Jallit dan pangkalan Al-Qardhabiyah.

ARTIKEL YANG SAMA