IS dituduh menculik 300 pekerja kilang Syria

IS dituduh menculik 300 pekerja kilang Syria

DAMSYIK, 8 April (AFP) – Kumpulan Islamic State (IS) dituduh menculik lebih daripada 300 pekerja di sebuah kilang simen di Syria kelmarin, dalam penculikan terbaru yang dikendalikan oleh kumpulan berani mati itu.

IS menyerang bandar Dmeir, timur Damsyik, selepas mengalami satu siri kehilangan wilayah di tangan tentera rejim dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk di bandar purba Palmyra.

Dalam halangan lain bagi kumpulan berani mati itu, pemberontak anti-kerajaan dilaporkan telah merampas laluan utama bekalan mereka ke Turki kelmarin. Agensi berita rasmi Syria SANA berkata 300 orang diculik oleh IS dimana mereka adalah pekerja kilang simen Al-Badia.

“Syarikat itu telah memaklumkan kepada kementerian perindustrian bahawa mereka tidak mampu untuk membuat hubungan dengan individu yang diculik,” kata SANA. Kumpulan pelampau, yang mengawal swathes Syria dan Iraq, mempunyai sejarah penculikan dan pembunuhan secara besar-besaran.

Penduduk Dmeir, sekitar 50 kilometer (30 batu) dari Damsyik, sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 250 pekerja di kilang itu telah hilang sejak hari Isnin. Pekan itu dibahagikan antara kawalan IS di timur dan kawalan pemberontak di barat, akan tetapi beberapa kawasan penting di sekitarnya, termasuk sebuah lapangan terbang tentera dan loji kuasa, masih di dalam tangan kerajaan.

Pertempuran segar itu datang menjelang pusingan baru rundingan damai minggu depan di Geneva, selepas gencatan senjata antara rejim dan pemberontak bukan ahli kumpulan berani mati yang telah membenarkan tentera Syria untuk memberi tumpuan kepada pertempuran IS.