IS hukum mati empat orang di Sirte

IS hukum mati empat orang di Sirte

BENGHAZI, Libya, 25 Ogos (Reuters) – Negara Islam (IS) melaksanakan hukuman mati ke atas empat orang di bandar Sirte di bahagian tengah Libya, termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota kumpulan pesaing yang mayatnya dipamerkan kepada orang ramai, menurut para penduduk dan rakan video yang diterbitkan melalui media sosial semalam.

Rakan video yang diterbitkan oleh kumpulan militan menunjukkan lelaki bersenjata menembak seorang lelaki, memakai seragam oren, yang turut diikat tangannya. Mayatnya kemudian dibiarkan di situ sebahagian amaran kepada yang lain.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai pengintip dari Libya Dawn, kumpulan bersenjata yang menyokong kerajaan tidak diiktiraf di Tripoli, yang melancarkan serangan udara ke atas IS di Sirte.

Ketulenan rakan video itu tidak boleh disahkan oleh Reuters.

Para penduduk Sirte, yang enggan dikenali, berkata IS sudah menghukum mati sejumlah empat orang, yang kesemuanya memakai seragam oren. Mereka tidak mempunyai maklumat mengenai identiti mangsa.

Sirte adalah kubu kuat IS, yang meraih kekuasaan di Libya dengan mengeksploitasi kekosongan keselamatan tatkala dua kerajaan yang bersaing berhempas pulas untuk mendapatkan kuasa, empat tahun selepas penyingkiran bekas pemimpin Muammar Gaddafi.

Pelaksanaan hukuma mati itu dibuat selepas para pejuang IS menumpaskan pemberontakan oleh kumpulan Salafis Islam dan penduduk bersenjata di Sirte awal bulan ini, cuba untuk memecahkan genggamannya ke atas bandar itu, yang terletak kira-kira 500 kilometer ke timur Tripoli.

IS mencuba untuk mengambil semula bandar timur Derna daripada mana satu lagi kumpulan pesaing keluar dari kumpulan itu dengan bantuan para penduduk pada Jun. Tetapi penduduk yang bersenjata mematahkan satu lagi serangan pada Ahad lepas, kata para penduduk. Tiada sebarang pertempuran pada semalam.

Kerajaan rasmi Libya kini berpangkalan di timur sejak kehilangan ibu Negara kepada Libya Dawn, yang menubuhkan kerajaannya sendiri.