IS ingin tubuh ‘khalifah jarak jauh’

IS ingin tubuh ‘khalifah jarak jauh’

SYDNEY, 22 Dis (AFP) – Militan IS berusaha meningkatkan kehadirannya di Indonesia dengan impian menubuhkan ‘khalifah jarak jauh’ di negara paling ramai umat Islam di dunia.

Peguam Negara Australia, George Brandis, yang berada dalam pertemuan antara menteri, ketua polis dan pegawai keselamatan kedua-dua negara pada Isnin, berkata ia juga adalah ancaman kepada kepentingan Australia dan Barat.

“IS bercita-cita meningkatkan kehadiran dan tahap aktivitinya di Indonesia, sama ada secara langsung atau tidak. Anda pernah dengan luahan ‘khalifah jarak jauh?’

IS ada hasrat mengumumkan penubuhan khalifah di luar Asia barat. Ia mengenal pasti Indonesia sebagai lokasi cita-citanya,” kata beliau kepada akhbar The Australian.

George Brandis bercakap dengan Menteri Indonesia, Luhut Panjaitan (kanan) bercakap semasa sidang media di Jakarta semalam. – AFP
George Brandis bercakap dengan Menteri Indonesia, Luhut Panjaitan (kanan) bercakap semasa sidang media di Jakarta semalam. – AFP

Ulasan Bradis menyusul kejayaan polis Indonesia menggagalkan rancangan serangan bunuh diri di Jakarta dan menahan radikal yang dikaitkan dengan IS.

Serbuan selama tiga hari di seluruh Jawa yang berakhir Ahad lalu menyaksikan rampasan bahan letupan dan bendera iham IS dengan sembilan orang ditangkap.

Golongan pelampau telah mensasarkan pusat membeli-belah, balai polis dan kumpulan minoriti di seluruh negara, Ketua polis Indonesia berkata.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan di seluruh negara, dengan menteri-menteri kanan dari Australia dan Indonesia semalam bersetuju untuk meningkatkan perkongsian risikan, termasuk pembiayaan keganasan selepas mengadakan perbincangan dua hala Sydney dan Jakarta.

ARTIKEL YANG SAMA